Sunday, May 27, 2012

Energizing Soy Protien (ESP): Produk Paling Laris



Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.



Pentingkah Protein?
Badan kita perlukan protin untuk tumbesaran yg sihat. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem
. Dan yg penting, protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel2 lama.


Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.
Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum –protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Tahukah anda?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


Risiko kekurangan protin

  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
Kelebihan Shaklee ESP
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama milo, susu atau jus atau ape2 air favorite anda cuma jgn bancuh dgn air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.


Kredit: mamafaiz


Ramai yang dah cuba ESP ni dan sangat puas hati dengan hasilnya.
ESP antara minuman kegemaran saya ;) Saya sangat sukakanya.

Jom, beri diri anda peluang untuk mencuba...;)

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Thursday, May 24, 2012

Pengedar Shaklee Di Pulau Pinang

Saya merupakan pengedar Shaklee di Pulau Pinang /Penang. Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya di             012 689 1597       atau emel: hidayazakaria@yahoo.com.




COD secara percuma di sekitar: Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Dua, Sungai Nibong, Bukit Gambir, Queenbay, Giant, Tesco Sungai Dua, Gelugor, Taman Pekaka, Taman Lip Sin, Bukit Jambul, Batu Uban, Vistana Hotel

Jika anda mahukan produk Shaklee dan tidak tinggal di kawasan-kawasan di atas, saya boleh menghantar menggunakan courier. Tempoh penghantaran: 1-4 hari bekerja.


Selain kawasan diatas, COD akan dikenakan caj (Boleh dirunding).


Dengan pembelian dari blog saya, insyaAllah saudara/i akan terima:
1) e book tentang penyusuan ibu secara PERCUMA *
2) konsultansi tentang produk secara PERCUMA
2) Menyertai laman sosial khas yang dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan Shaklee
3) Menjadi dan menerima Kad Sahabat Blog sihathijau247.blogspot.com secara PERCUMA. Kelebihan menjadi ahli kad sahabat blog saya ialah anda mendapat point dengan setiap pembelian. Dan anda boleh tebus point itu dengan pembelian seterusnya atau menerima hadiah istimewa dari kami**.




* Dengan pembelian Semua Set Penyusuan Shaklee.
** Tertakluk kepada terma dan syarat.


Jazakumullah khairan kathira atas sokongan anda semua. Moga Allah membalasnya dengan lebih baik. Ameen


~ibu iman@hidaya, 
  Pengasas Blog sihathijau247.blogspot.com

Fungsi Zink Untuk Kesuburan Lelaki

Setelah mendalami ilmu nutrisi dan setelah banyak membaca tentang vitamin dan mineral, saya boleh katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa zinc. Zinc yang saya maksudkan di sini, bukalah "atap zink" kat rumah tu, bukan "zinger" burger KFC atau seangkatan dengannya. Tidak sama sekali. ;). Hehe ;)


Zinc yang dimaksudkan adalah unsur surih iaitu "Zink" dalam bahasa Melayu dan "Zinc" dalam Bahasa Inggeris.


Zink merupakan sejenis unsur dalam Jadual Berkala. Ia biasanya dirujuk sebagai logam peralihan. Sebenarnya, badan manusia hanya memerlukan sejumlah kecil Zink untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Antara peranan Zink dalam tubuh kita ialah membantu dalam meningkatkan sistem imun dan mencegah dari jangkitan di sistem pernafasan. Malah, zink juga digunakan dalam rawatan malaria dan penyakit lain yang disebabkan oleh parasit. Pengambilan juga mampu untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.


Mengapa saya katakan lelaki tidak boleh hidup tanpa Zink?

Lelaki dan Zink
Salah satu fungsi zink yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti, manakala lelaki yang mengambil suplemen zink, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Kesihatan Prostat
Satu lagi peranan penting zink di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Tahap Testosteron
Bekalan zink dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zink termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara lansung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki.

Tips Pengambilan Zinc Complex
 1) Digalakkan mengambil Vitamin A seiring dengan Zinc
2) Zink menjadi lebih efektif dengan kawan-kawan nya iaitu Vitamin A, Fosforus dan Kalsium
3)Zinc dan Iron tidak digalakkan untuk diambil serentak.

Lelaki di luar sana, jom jadikan Zinc Complex sahabat anda. Ingin mencuba??


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Vitamin dan Mineral Untuk Kesuburan

Sejak kebelakangan ini ramai yang bertanyakan saya tentang produk Shaklee untuk kesuburan atau untuk hamil. Aha, ramai yang inginkan anak kedua selepas tengok anak pertama sudah besar. Saya juga begitu. Iman dah setahun tujuh bulan. Apa salahnya kan, kalau Iman dah nak dapat adik ;).Huhu.

Mengikut pengetahuan saya, kesuburan seseorang lelaki dan wanita sangat mempengaruhi potensi setiap pasangan untuk mendapatkan anak. Namun, ada juga yang sudah mendapatkan rawatan doktor-doktor pakar dan sudah dikatakan subur dan normal, namun susah untuk si isteri mengandung. Mengapa?

Sebagai seorang Muslim kita perlu yakin dan percaya kepada ketentuan Allah. Seperti mana jodoh, rezeki dan kematian, mendapat cahaya mata juga merupakan satu ketetapan. Tidak dapat dinafi, ramai pasangan diluar sana yang sudah lama mendirikan rumah tangga, namun masih belum mendapat cahaya mata. Ada juga yang inginkan anak yang kedua, ketiga dan seterusnya, namun belum sampai rezeki. Bagi saya, apa yang penting, jangan berputus asa. Dalam hidup kita ini, jangan sekali-kali kita berputus asa. Kita perlu berusaha dan terus berusaha serta berdoa. Itu semua ujian dari Allah. Jom kita terus berusaha ;)

Jom saya kongsikan serba sedikit tentang makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan suami dam isteri dalam masa yang sama meningkatkan kesuburan. InsyaAllah.

Vitamin Asas Untuk Semua

Energizing Soy Protein- Fungsi utama protein untuk membaiki sel-sel dalam badan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Apabila sel kita sihat, ia memudahkan penyerapan nutrien. Selain itu ia akan memudahkan proses berkaitan pensenyawaan dan perlekatan telur.

Vita-Lea (Multivitamin dan Multimineral)-Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Vita-Lea membantu untuk proses pertumbuhan dan keupayaan reproduktif. Selain itu ia berfungsi sebagai nutrient kepada sel-sel. Bila sel-sel badan sihat, ia akan mengoptimumkan kesihatan seseorang.

 Vitamin C- Dalam buku "Nature's Vitamin and Minerals oleh John Heinerman, vitamin C dikatakan sangat membantu dalam meningkatkan "kelakian" seseorang lelaki. Mengikut kajian yang dilakukan, 35 pesakit lelaki yang tidak dapat mengandungkan isteri mereka mempunyai paras asid askorbik (Vitamin C) yang rendah iaitu 0.2 mg per dL darah. Paras yang normal adalah, 0.6-0.8 mg per dL darah. Untuk lelaki (terutama yang merokok), anda perlu mengambil 1000-3000 mg vitamin C setiap hari untuk mendapatkan anak. Kekurangan Vitamin C juga dikatakan boleh merosakkan DNA dalam sperma dan menyebabkan masalah genetik.

B-Complex- membantu memberi tenaga dan ketenagan kepada suami isteri. Ia juga dapat mengurangkan stress. Antara vitamin B yang membantu dalam kesuburan ialah Vitamin B12. Vitamin B12 dapat membantu untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran sperma. Vitamin B6  pula membantu untuk meningkatkan kesuburan wanita. Jika salah seorang dari suami atau isteri dikatakan kurang subur, beliau harus bermula dengan vitamin B tambahan. Jika anda tidak pasti, atau kedua-dua pasangan kurang subur, kedua-duanya harus bermula dengan B Complex.

Vitamin Kesuburan Lelaki

Vitamin E dan Selenium-Terkenal sebagai vitamin untuk hubungan seks. Ini kerana ia membantu meningkatkan kelakian (virility) dan menyuburkan reproduksi lelaki dan wanita. Ia sangat membantu untuk membangkitkan perasaan cinta suami isteri. Vitamin E Shaklee sungguh istimewa kerana ia datang bersama selenium. Kaum lelaki amat memerlukan selenium kerana ia meningkatkan kesuburan dengan meningkatkan penghasilan sperma dan pergerakan sperma.

Zink Complex-Zink antara mineral yang paling diperlukan oleh kaum lelaki. Zink adalah nutrien yang paling banyak dikaji dari segi kesuburan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ia adalah merupakan komponen penting dalam bahan genetik. Kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan kromosom, mengurangkan kepada kesuburan dan meningkatkan risiko keguguran. Zink adalah perlu untuk badan kita untuk mengekalkan hormon reproduktif, estrogen dan progesteron. Zink didapati dalam kepekatan yang tinggi di dalam sperma. Ia diperlukan untuk membuat lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, ia penting untuk kesihatan sperma. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa mengurangkan zink dalam diet seorang lelaki juga akan mengurangkan jumlah sperma.

Calsium (OsteMatrix)-Satu kajian yang disiarkan dalam isu 2010 November "Jurnal Nasional Andrologi," jurnal perubatan di China, menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kalsium dapat meningkatkan pergerakan sperma, halaju garis lurus sperma serta kepadatan sperma. Hal ini membantu meningkatkan potensi untuk sel telur ditembusi oleh sperma yang enegertik.

GLA Complex-GLA Complex mengandungi asid lemak yang membantu untuk meningkat kesuburan wanita. Perlu diambil untuk wanita sahaja. Selain, itu ia juga dikatakan membantu untuk memelihara kesihatan wanita sepanjang kitaran haid setiap bulan. Asid Linolenik Gamma juga tmembantu wanita menghasilkan "cervical mucus" yang berkualiti.

Alfalfa Complex-Alfalfa Complex sering diambil oleh wanita kerana ia membantu untuk mengurangkan keputihan. Ia juga turut membantu dalam hubungan suami isteri. Bagi wanita yang sering rasa sakit ketika bersama, pengambilan Alfalfa Complex dikatakan mampu mengatasi masalah tersebut.

Perhatian: Semua vitamin yang dianjurkan untuk diambil tidak menjamin 100 % bahawa anda akan hamil. Banyak faktor yang mempengaruhi kehamilan. 

Jika anda ingin mencuba produk-produk di atas yang bertujuan untuk kehamilan, saya sangat menggalakkan anda untuk menghantar emel kepada saya di hidayazakaria@yahoo.com. Ini memudahkan saya untuk mengetahui tahap kesihatan anda suami isteri. Saya bukan ahli perubatan ya, cuma mahu berkongsi ilmu yang saya tahu dan berkongsi kehebatan vitamin semulajadi ini. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jugalah yang menentukannya.


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Wednesday, May 23, 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex Shaklee

Menimang cahaya mata memang menjadi impian semua pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak yang bakal dilahirkan, insyaAllah akan menjadi pewaris keluarga. Tidak dapat dinafi, bukan semua pasangan berjaya mendapatkan anak pada tahun pertama berkahwin. Ada yang menunggu sehingga 10 tahun dan lebih. Namun kita sebagai manusia perlulah berusaha. Contohnya, pergi jumpa Doktor dan periksa tahap kesuburan suami isteri dan banyakkan berdoa.


Antara produk Shaklee yang boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita ialah GLA Complex. Bagaimana GLA Complex membantu kehamilan? Jom saya kongsikan.



 GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^
Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P.


Betul, anak itu rezeki. Tapi sudah sunnatullah, kalau nak sesuatu tu, kita perlu berusaha...Nak cuba...Hubungi saya segera.
Kredit: Blog MommyLyna



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya dihidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA


Tuesday, May 22, 2012

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Hari ni dah masuk bulan 1 Rejab. Semua orang Islam digalakkan untuk perbanyakkan puasa di bulan Rejab. Ye la, lepas bulan Rejab, bulan Syaaban. Lepas tu bulan Ramadhan Yang Mulia. Bila kita puasa pada bulan Rejab ni secara tak lansung  sebenarnya kita mempersiapkan diri kita untuk menemui bulan Ramadhan yang mulia. Tak sabarnya nak masuk bulan Ramadhan Al Mubarak. ;)


Alhamdulillah, hari ni niat puasa Rejab. Moga sampai la waktu Maghrib. Saya pasti ramai yang berpuasa sunat hari ni. Alhamdulillah, bak kata Opick, penyanyi nasyid tu, antara ubat hati ialah: perbanyakkan berpuasa ;)


Bila puasa ni, perkara yang paling nak buat ialah bersahur. Sahur kan sunnah Nabi. Tapi, disebabkan tak sempat nak masak yang sedap-sedap, terus sambar je ESP yang ada kat atas peti ais. Tapi tak sempat nak minum Performance Drink.


Alhamdulillah, sehingga di saat ni, diri ini masih aktif walaupun hanya minum ESP sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Walaupun buat experiment dan mengemas lab ni, masih ada tenaga dan masih boleh bertahan.Alhamdulillah.


Apa istimewanya ESP Shaklee ni?


1) Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. 


2) Hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang digunakan untuk diproses bagi menghasilkan ESP Shaklee.


3) Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia boleh menjadi tenaga booster segera yang boleh bertahan pada tempoh yang agak lama. Jadi, memang sesuai untuk jadikan ESP sebagai minuman wajib untuk sahur saya...


Mahu cuba. Jom!!!!!



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!

Saturday, May 19, 2012

Projek "One Family, One Lamp"

Assalamualaikum WBT,


Ingin mewar-warkan disini, pada 10-19 Jun 2012 akan datang, satu konvoi dari Aqsa Syarif yang dinamakan Aqsa2Gaza7(A2G7) akan bergerak ke Gaza untuk menyalurkan bantuan “solar lamp’ kepada rakyat Gaza melalui Projek “One Family, One Lamp”. Pihak Aqsa Syarif mensasarkan 1000 ‘solar lamp’ untuk konvoi kali ini dengan harga RM60 setiap satu. Seperti mana yang kita tahu, bumi Palestin sering diserang oleh pihak Zionis. Kesan atas peperangan yang berlanjutan menyebabkan penduduk menghadapi ganguan bekalan elektrik yang berterusan. Masalah ini memuncak apabila tiba waktu malam yang menyulitkan aktiviti mereka terutama anak-anak yang ingin mengulangkaji pelajaran. Jom kita infaq untuk mereka.

Wednesday, May 16, 2012

Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik

Selama saya mengambil vitamin dahulu kala, saya tidak pernah terfikir bahawa vitamin ni ada yang diperbuat dari bahan sintetik iaitu bahan kimia. Ye la, dah nama pun vitamin, mestilah ia selamat untuk kesihatan. Namun, sejak saya menyusukan anak dan menggunakan Shaklee, saya mendalami produk yang saya makan,saya baru tahu bahawa di luar sana, sangat banyak vitamin yang sintetik. Alhamdulillah, vitamin Shaklee adalah vitamin SEMULAJADI.  Dan apabila lebih mendalami tentang kebaikkan vitamin semulajadi, saya tidak menoleh kebelakang dan terus memilih Shaklee. Nak tahu kenapa kita perlu elak untuk makan vitamin sintetik?? Jom saya kongsikan.

Kredit: MommyLyna


1. Penghasilan

-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber.Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dgn badan

-Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga

- Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
- Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4.Kesan kepada tubuh badan

- Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

- Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

- Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
- Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Fikir-fikirkan..

~Ibu Iman

Friday, May 11, 2012

Lecithin Bantu Kembali Kurus (Testimoni)

Jom ikuti kisah Puan Hasmah yang berjaya mengurangkan berat badan beliau dengan mengamalkan lecithin dan alfalfa.
************************************************************************************************************

Salam..
Sebelum saya mula berkongsi mari tengok gambar ni dulu ye..


 Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..
 Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

1) Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
2) Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
3) Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
4) Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
5) Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
6) Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
7) Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
8) Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
9) Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
10) Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

************************************************************************************************************
Betul cakap Puan Hasmah, nak kuruskan badan perlu bersabar dan bertekad.

Berminat untuk cuba Set Kurus?? Cepat hubungi saya segera!!

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!



Thursday, May 10, 2012

Vitamin Untuk Wanita

Dalam meniti usia sebagai seorang wanita, kita akan melalui fasa-fasa perkembangan diri dan perubahan hormon. Contohnya, ketika akil baligh, pra-kehamilan, kehamilan, pra-menopos, menopos dan selepas menopos. Itu sunnatullah. Sudah menjadi ketentuan. Semua wanita akan laluinya, insyaAllah. Namun dalam melaluinya, ia bukan mudah. Kita hadapi pra-haid sindrom, pening kepala, sakit-sakit sendi, sakit-sakit belakang, letih, kurang bermaya dan sebagainya. Namun hal itu boleh diatasi dengan mengambil pemakanan tambahan. Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.  Produk-produk berkenaan adalah:


GLA Complex
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.  GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan normal.  Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.  Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis, membina tulang dan gigi yang kuat.  Ostematrix dilengkapi dengan Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan juga Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 

OmegaGuard (Minyak Ikan)
OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.  Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!


Vitamin Untuk Kulit Cantik, Berseri dan Elastik

Mendapat kulit muka yang cantik, bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Eh, siapa tak nak kulit cantik, sila angkat bahu? Saya pasti, tak ada sesiapa pun yang hendak angkat bahu. Saya pun, saya nak kulit yang bersih tanpa sebarang cela. Huhu..Boleh dapat ke? Orang cakap nak kulit cantik jangan makan benda berminyak, kena cukup tidur, jangan berpanas-panas, selalu cuci muka dan sebagainya. Benar. Saya tak nafikan. Tapi tahukah anda, pemakanan anda juga mempengaruhi kecantikan kulit anda. Perlu untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat bagi memastikan kulit kita cantik dan sihat. Mengikut kajian, protien, Vitamin A, B, C dan E sangat penting untuk diambil untuk melindung dan mencantikkan kulit. 
Vitamin A  (Vitamin A Shaklee dinamakan sebagai Carotomax)
Vitamin A membantu kulit wajah menjadi lebih anjal. Vitamin A juga menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Selain itu, ia membantu memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit. Vitamin A juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.


Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kulit cepat mengecut dan kering. Selain itu, ia memudahkan kulit muka ditumbuhi jerawat dan terjadilah "whiteheads" dan "blackheads" jika liang roma tersumbat. Selain itu, kulit dibahagian siku, lutut dan punggung akan menjadi kasar, kering dan berwarna lebih kehitaman.


Vitamin B Complex 
Vitamin B berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat menjaga kulit dari kekeringan sekaligus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Pengambilan Vitamin B mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit dan menolong menetapkan "kelenjar thyroid" dengan melicinkan/meratakan serat menegangkan kulit. Ia juga perlu untuk menghilangkan 'stress'. 'Stress' boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.


Vitamin C
Vitamin C amat masyhur untuk kecantikan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk membuang toksin dalam badan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan  radikal bebas. Pengurangkan radikal bebas didalam badan kita, memmudahkan Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen amat penting untuk mengukuhkan sel kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebam).


Vitamin E 
Vitamin E berupaya memberi perlindungan kepada kulit. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan tanda penuaan dan degenerasi sel kulit. Ia juga dikenali sebagai bahan yang dapat mempercepat penyembuhan dan pembentukan saluran darah.


Jom dapatkan kulit yang cantik!!! Moh kita.;)


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi kami di: hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Kami juga menyediakan set trial selama sebulan.











Apa itu Lecithin?

Assalamualaikum wrt wbt,

Seorang junior saya pernah membeli produk soy lecithin untuk projek Final Year beliau. Katanya, fungsi lecithin adalah sebagai pengikat molekul air dan minyak supaya ia boleh terikat bersama. Umum semua tahu bahawa, air dan minyak tidak boleh bercampur. 
Namun, setelah mengenali Shaklee, saya agak terkejut kerana salah satu produk yang Shaklee ada adalah Lecithin. Eh, ni,macam lecithin untuk kegunaan makmal je, fikir saya. Boleh makan ke Lecithin ni? Saya faham masih ramai lagi di luar sana yang tidak tahu fungsi lecithin untuk tubuh kita? 
Jom kita berkenalan dengan lecithin.
                                      


Lecithin adalah pengemulsi lemak (reduce from an oily substance to milky fluid). Dalam badan kita, lecithin hadir dalam hempedu yang dihasilkan dalam hati dan disimpan dalam gall bladder untuk membantu penghadaman. Lemak akan diserap oleh usus kecil. Lecithin ni mengekalkan asid lemak dari bercampur dengan molekul organik yg lain dalam hempedu.

Selain itu, lecithin ni dapat membakar lemak. Lemak yang dimakan akan masuk ke dalam hati dan dicernakan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga untuk badan. Jika lemak ini tidak dipecahkan secara sempurna, lemak ini akan berkumpul dan akan jadi radikal bebas yg akan memusnahkan sel-sel hati. Kehadiran lecithin membantu lemak-lemak tadi dipecahkan dengan sempurna. (proses fat metabolism di dalam hati). Secara tidak lansung, dengan pengambilan lecithin, ia boleh membuang lemak di dalam badan.

Lecithin juga membantu lemak bertukar menjadi bentuk cecair (emulsify). Jadi, ia menghalang lemak-lemak ini melekat pada salur-salur darah dan membuatkan salur darah ini tersumbat. Jadi, lecithin sangat bermanfaat dalam membantu fungsi2 kardiovaskular dalam badan.

Apa yang menarik lagi? Kandungan phosphatidyl choline (kolina) dalam lecithin berupaya memecahkan kolesterol dan bermanfaat dalam sistem neuron di dalam badan. Namun, badan tidak menghasilkan kolina ini. Badan mendapat sumber kolina dari pemakanan yang kita ambil setiap hari. 

Antara kebaikan kolina adalah ia boleh meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardivaskular dan sistem pembiakan.

Nak cuba Lecithin? Ia sangat berbaloi!!!




Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!