Bermula dari muntah-muntah dan cirit-birit di Taska pada hari Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad masih sama. Bawa pergi klinik, Dr cakap sebab tekak dia merah. Jadi, Dr bagi antibiotik. Tapi still muntah dan cirit. Risau dengan keadaan Najla yang nampak lemah saya terus pecut ke Hospital Lam Wahh Ee di bahagian emergency. Akhirnya, Najla ditahan hospital dan apabila ujian dilakukan terhadap najisnya, Najla disahkan terkena jangkitan rota virus.
Rota virus? Apa tu? Jom kita korek.
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui
sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu
bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus
ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu
yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan
di bahagian sistem penghadaman manusia.
Simptom Dan Tanda Jangkitan Rota Virus
>Cirit birit berlarutan
>Muntah berterusan
>Sakit perut
>Demam dan selsema
>Bau najis terlalu busuk
>Komplikasi Rotavirus
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan
adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit
dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi yang terlalu
teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman
atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan
kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.
Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
>Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
>Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
>Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara
yang betul
>Temui doktor jika tanda dehidrasi berlaku seperti mulut
kering dan najis berdarah
Sepanjang Najla diserang Rota Virus, dia selalu muntah, demam on-off dan cirit-birit. Perut pulak selalu kembung. Kesian saya tengok dia. Apa yang pasti najisnya terlalu busuk sehingga bau seperti telur tembelang. Warna najis tidak berwarna kuning, tetapi berwarna hijau dan berlendir.
Sepanjang berada di hospital, Doktor bagi ubat demam, ubat tahan muntah dan masukkan air dalam badan kerana takut dehidrsi disebabkan kerap muntah.
Setelah dapat tahu Najla diserang Rota Virus,terus saya hubungi kawan saya untuk dapatkan Nutriferon Shaklee sebab saya kehabisan stok. Disebabkan Najla baru setahun sebulan, saya bagi sedikit sahaja padanya.
Alhamdulillah, sejak keluar hospital, saya tak bagi ubat hospital. Just bagi Nutriferon. Kini, Najla kembali sihat dan semakin kuat makan pulak :)
Alhamdulillah.
Tips Nak Elak Rota Virus
> Kerap mop lantai. Sebab budak-budak suka mengutip.
> Basuh botol susu/peralatan mengepam sebersih-bersihnya. Jangan lupa steril
> Ibu perlu basuh tangan sebersih-bersihnya sebelum melakukan apa-apa pekerjaan yang melibatkan anak
> Tingkatkan sistem imun dengan Nutriferon Shaklee
Semasa anak-anak sering muntah dan cirit-birit, boleh bagi Performance Drink untuk pastikan anak kekal hidrasi. Ini kerana jika anak dehidrasi iaitu tak cukup air dalam badan, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus anak, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut. Nauzubillahminzalik. Minta Allah jauhkan.
No comments:
Post a Comment