Wednesday, May 28, 2014

Kumpulan Sokongan Relaktasi Untuk Ibu-Ibu Yang Mahu Susukan Anak Semula

Assalamualaikum WBT.

Dalam 2 minggu ni ada beberapa orang ibu-ibu yang bertanyakan tentang relaktasi. Mereka telah membaca artikel tentang panduan relaktasi.

Saya gembira bila ada ibu-ibu yang nak menyusukan anak semula. Alhamdulillah..ramai sebenarnya ibu-ibu yang telah sedar tentang kepentingan susu ibu. Maka atas dasar ingin membantu saya wujudkan kumpulan Group Support Relaktsi (Whatsapp Group) untuk ibu-ibu yang mahu relaktasi. Kumpulan sokongan amat penting untuk menjayakan proses relaktasi ini. Setakat ini baru ada 2 orang. Jika anda ingin meyertai kumpulan sokongan ini, anda boleh hubungi saya di 012-6891597. Dalam kumpulan sokongan ini saya akan berikan tips dan panduan untuk ibu-ibu yang mahu meyusukan anak semula.

Terima kasih.

with Love,

Daya

Thursday, May 15, 2014

Harga Collagen Powder Shaklee Setanding Dengan Hasil Kulit Yang Cantik

Harga Collagen Shaklee mahal?

Harga Collagen Shaklee sekotak RM 298 (harga retail) dengan 15 sache.

(Pesanan: Jom jadi ahli untuk harga yang lebih MURAH :)

Wooowww..tapi jika anda betul-betul mahukan yang terbaik untuk kulit dan anggota badan anda. Anda mesti ambil Collagen Shaklee kerana dengan harga RM298 ia sangat berbaloi. Kenapa saya berkata begitu?




Mari kita korek sama-sama mengapa collagen SANGAT PENTING!

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata,kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi,gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

 FUNGSI KOLAGEN


  • menghasilkan asid amino  penting seperti :lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
MENGAPA MESTI PILIH COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Apa istimewanya Shaklee Collagen Powder ni?

>>Kolagen Shaklee adalah sangat ringan kerana mempunyai 1,000 dalton berat molekul. Ini memudahkan proses penyerapan ke dalam badan dan dapat membantu kepada peningkatan sisntesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

>>Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstark kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Daripada kajian yang dilakukan, selepas penggunaan selama 8 minggu, Collagen Powder Shaklee terbukti berkean untuk:

Collage Powder terbukti berkesan untuk:
>>Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
>>Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
>>Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
>>Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
>>Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
>>Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
>>Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
>>Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
>>Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


Sangat berbaloi jika mengamalkan collagen Shaklee powder ni.

Cara Pengambilan Collagen Powder Shaklee

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda.Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda (bukan minuman bercafien) dan boleh terus minum.



Testimonial Collagen Shaklee Powder






Macam mana? Berbaloi tak?

Kalau nak kulit tegang, licin jom amal kan sekarang!
Kalau suka kulit berkedut, kusam abaikan :)

Nak? Cepat hubungi saya.



Petua Susu Jadi Banyak dan Meriah Dengan Set Tambah Susu Shaklee

 Ramai ibu-ibu mencuba pelbagai cara untuk banyakkan susu badan. Ada yang pergi megurut, ada yang amik pil, ada yang ambil supplement dan sebagainya.

Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:
Demand VS Supply atau Kehendak berkadar langsung dengan pengeluaran

Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Di awal kelahiran,untuk banyakkan susu, ibu perlu kerap menyusukan bayi. Maka secara tak langsung, susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?
Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.
1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)
Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?
Untuk banyakkan susu, konsep supply VS demand harus diaplikasi. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.
Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.
Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.
Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?
Jadi kesimpulan, konsep demand dan supply perlu dipractisekan dan dalam masa yang sama, jangan lupa lengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Nak tip hot untuk banyakkan susu?
Cepat hubungi saya.


Soya Bawa Bahaya? Benarkah? ESP Shaklee NON-GMO?

Baru-baru ini kecoh dengan satu artikel yang mengatakan bahawa mengambil produk soya adalah bahaya.
Setelah sekian lama, mengambil soya, saya agak terperanjat dengan kenyataan ini.

Jadi saya terus mengkaji, apa yang menyebabkan soya boleh jadi bahaya.

Terdapat pelbagai jenis soya di pasaran. Samada di supermarket atau pasar malam. Ada dalam bentuk serbuk, cecair, dalam kotak dan sebagainya. Adakah soya yang kita ambil selamat?


 ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…

Ditanam secara organik?
Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
Mengandungi 9 asid amino penting?
Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
Diproses tanpa haba?
Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat.


Energizing Soy Protien Shaklee adalah dari sumber yang selamat. Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.



Pilihkan soya yang selamat !!

Nak cuba ESP??

Cepat hubungi saya: 012-6891597







Sunday, May 11, 2014

Tip Kurangkan Sakit Sendi Lutut Dengan Cepat Menggunakan Produk Shaklee



Sejak akhir-akhir ini, ramai yang hubungi saya untuk minta konsultansi tentang sakit sendi dan sakit lutut menggunakan produk Shaklee. Kebanyakkan mereka adalah anak-anak yang soleh dan solehah. Kenapa saya cakap begitu, sebab mereka mahu ibu mereka cuba produk Shaklee untuk kurangkan sakit sendi dan sakit lutut ibu mereka. Saya terharu tau. Ramai anak-anak yang sangat penyayang yang saya jumpa. Alhamdulillah.

Jika ibu atau ayah anda menghadapi sakit lutut atau sendi yang kronik, sila bawa berjumpa Doktor terlebih dahulu. Dapatkan punca mengapa ibu atau ayah kena sakit sendi. Jika Doktor kata sakit sendi atau sakit lutut disebabkan kurang pelincir, anda boleh 3 produk Shaklee seperti gambar di atas.

Set Kesihatan Sendi ini terdiri dari Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix.

Ingin mencuba? Saya akan beri konsultation terbaik untuk anda.



Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Nutriferon Selepas Diserang Rota Virus

Minggu lepas antara minggu paling sibuk untuk saya. Anak perempuan kesayangan ditahan hospital selama 4 hari.

Bermula dari muntah-muntah dan cirit-birit di Taska pada hari Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad masih sama. Bawa pergi klinik, Dr cakap sebab tekak dia merah. Jadi, Dr bagi antibiotik. Tapi still muntah dan cirit. Risau dengan keadaan Najla yang nampak lemah saya terus pecut ke Hospital Lam Wahh Ee di bahagian emergency. Akhirnya, Najla ditahan hospital dan apabila ujian dilakukan terhadap najisnya, Najla disahkan terkena jangkitan rota virus.

Rota virus? Apa tu? Jom kita korek.

 Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

 Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rota Virus

>Cirit birit berlarutan
>Muntah berterusan
>Sakit perut
>Demam dan selsema
>Bau najis terlalu busuk
>Komplikasi Rotavirus

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
>Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
>Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
>Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul

>Temui doktor jika tanda dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah


Sepanjang Najla diserang Rota Virus, dia selalu muntah, demam on-off dan cirit-birit. Perut pulak selalu kembung. Kesian saya tengok dia. Apa yang pasti najisnya terlalu busuk sehingga bau seperti telur tembelang. Warna najis tidak berwarna kuning, tetapi berwarna hijau dan berlendir.

Sepanjang berada di hospital, Doktor bagi ubat demam, ubat tahan muntah dan masukkan air dalam badan kerana takut dehidrsi disebabkan kerap muntah.

Setelah dapat tahu Najla diserang Rota Virus,terus saya hubungi kawan saya untuk dapatkan Nutriferon Shaklee sebab saya kehabisan stok. Disebabkan Najla baru setahun sebulan, saya bagi sedikit sahaja padanya.


Alhamdulillah, sejak keluar hospital, saya tak bagi ubat hospital. Just bagi Nutriferon. Kini, Najla kembali sihat dan semakin kuat makan pulak :)

Alhamdulillah.

Tips Nak Elak Rota Virus

> Kerap mop lantai. Sebab budak-budak suka mengutip. 
> Basuh botol susu/peralatan mengepam sebersih-bersihnya. Jangan lupa steril
> Ibu perlu basuh tangan sebersih-bersihnya sebelum melakukan apa-apa pekerjaan yang melibatkan anak
> Tingkatkan sistem imun dengan Nutriferon Shaklee


Semasa anak-anak sering muntah dan cirit-birit, boleh bagi Performance Drink untuk pastikan anak kekal hidrasi. Ini kerana jika anak dehidrasi iaitu tak cukup air dalam badan, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus anak, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut. Nauzubillahminzalik. Minta Allah jauhkan.


Friday, May 9, 2014

Anak Kurang Selera Makan? Meal Shakes Shaklee Boleh Bantu

Assalamualaikum WBT semua.

Something to share with mommy-mommy muda. Saya pun mommy muda. baru 30 tahun..hehehe perasan muda lak i ni :)

 As a mommy kita selalu risau anak kita kurang selera makan kan. Ye la kalau tak makan, nanti cukup ke nutrisi untuk anak tu..Satu lagi kalau anak kurang berat badan, sering demam bila di taska, anak sering sakit dan anak sembelit. Kita sebagai seorang ibu, bila anak-anak sakit kita mesti risau sampai tak tidur malam kan. Jadi apa yang boleh bantu mommy-mommy supaya tak risau dah?

Jawapannya adalah Meal Shakes.


Kenapa Meal Shakes?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

Jangan risau..Meal Shakes boleh bantu masalah anda. Siapa lagi yang sesuai untuk ambil Meal Shakes ni?

==>Anak yang kerap demam
==> Anak yang memilih makanan
==>Anak yang kerap sembelit
==>Anak yang kerap asma
==>Individu yang alergik soya
==>Anak yang kurang selera makan
==>Ibu Hamil yang tak boleh minum susu
==>Individu yang tak suka makan tablet

Ini satu testimoni anak yang picky eater.



Sebagai seorang mommy, kita mesti mencari alternatif terbaik. Jangan sampai anak kurus kering sebab tak cukup zat.








Wednesday, May 7, 2014

Nak Kuruskan Badan? Betul Ke Kurus Itu Sihat?

Ada orang cakap kurus itu sihat. Ada orang cakap kurus tak semestinya sihat.

Mana yang betul ni...

Apa sebenarnya yang penting? Kurus atau sihat? 

Ini pandangan Kevin Zahri

Tidak semestinya kurus itu sihat. “Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk,” kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan “peta gemuk” bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.



Saintis percaya, tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak muncul pada bahagian lain seperti perut, lengan dan paha. Lemak yang mengelilingi organ dalaman penting seperti jantung, hati dan pankreas yang mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahaya nya dengan lemak yang terbentuk pada individu yang gemuk. Lemak yang meyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ dalaman. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung. 

“Menjadi sesorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak akan berisiko pada serangan jantung,” kata Dr. Louis Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey. Beliau berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan! Kurus adalah bonus tetapi itu bukan matlamat utama dan yang penting adalah bebas kolestrol dan sihat. Pangambilan makanan yang seimbang, dan mungkin boleh diselitkan dengan senaman ringkas dapat membantu meningkatkan kecergasan kita.

Sesorang yang kurus berisiko dalam mengambil lebih daripada jumlah kalori yang diperlukan kerana mereka tidak nampak perubahan fizikal pada tubuh mereka. Disebabkan itu ramai di luar sana makan tanpa mengira kalori yang sepatutnya dan terkejut bila didiagnos menghidapi penyakit jantung, kencing manis, dan mungkin juga kandungan kolestrol yang tinggi. Sebaiknya ambil makanan yang hanya diperlukan badan, cukup vitamin nya, dan mampu memberi tenaga yang secukupnya. Bersederhana perlu ditekankan dalam kehidupan seharian.

Ada individu yang berat badan nya akan bertambah bukan kerana jisim lemak nya tetapi jisim otot yang dihasilkan daripada latihan bebanan. Oleh itu, jangan terpedaya dengan kilogram kerana tak semestinya makin bertambah berat, makin bertambah lemak. Ini semua akan berbalik kepada cara hidup kita seharian. Lebih kan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pelbagai warna. Peruntukkan beberapa jam dalam seminggu untuk beriadah bagi membantu lagi proses pembakaran kalori yang telah diambil oleh badan. Kegagalan pembakaran atau penggunaaan kalori akan menyebakan kalori teresebut bertukar kepada lemak yang gagal diproses. 

Kesimpulan nya, kurus tidak menjadi garis pengukur bahawa seseorang itu sihat dan bukan juga menyatakan bahawa gemuk itu bebas daripada sebarang penyakit. Mendapat tubuh yang langsing dan kurus merupakan bonus tetapi lebih cantik sekiranya yang kurus itu juga sihat dalaman dan luaran. Individu yang bertubuh besar pula tidak perlu gusar kerana anda mungkin sihat tetapi hanya bertubuh besar dan mungkin boleh melakukan beberapa rutin senaman yang ringkas secara berterusan untuk mendapatkan ptongan badan yang ideal seperti yang dikehendaki. Semuanya terpulang kepada anda semua.

sumber: Kevinzahri.com

Nak kurus dengan Shaklee? 

SMS/Whatsapp 012-6891597

Tip Kempiskan Perut Buncit

Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak  mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.

  1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

  1. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

2. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

3. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

4. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 20% latihan dan 80% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !



    Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.
    5. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

     6.Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda!

    Ingin tahu produk Shaklee untuk kempiskan perut? Cepat Whatsapp/SMS 012-6891597 (Daya)!!

Part 1: Pengalaman Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri Musim Ke 2 Yang Super Awesome

Saya dengan suami tidak tinggal bersama. Kami adalah pasangan PJJ. Perkahwinan Jarak Jauh. Saya yakin ramai di luar sana seperti kami.

Suami perasan yang saya kuat makan bila makan bersama.

Lalu suami berpesan, " Sayang kena jaga kesihatan. Pa duduk jauh".

Tetiba saya rasa macam dunia berhenti seketika. Walaupun suami saya cakap itu aja, tetiba saya terus ter"refleks" apa yang selama ni telah saya buat.

Yes, selepas 4 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak saya sangat jarang exercise. Sangat jarang. Boleh kira dalam setahun berapa kali je excercise.

Berat saya naik almost 15 kg selepas anak yang kedua. Wah...dua kali bersalin, berat 15 kg naik. Biar betul...Bila analisis balik...saya terkejut dgn angka 15 kg tu...sangat banyak!!!!

Saya mesti buat perubahan...tapi macam mana??

Bila ternampak iklan Jom Kurus 1 Malaysia di FB Kevin Zahri, saya tanpa ragu terus nak join walaupun bayaran adalah agak mahal iaitu RM 300. Bila saya fikir apa yang akan saya belajar, saya rasa ia mesti sesuatu yang sangat berbaloi.

Target saya, saya mesti buang 6-10 kg dalam program ni!!

Berjaya kah saya?

Kita sambung dalam Part 2...

Tunggu....