Wednesday, June 13, 2012

Vivix Bantu Lambatkan Penuaan Wajah

"Umur berapa kak?" tanya seorang adik ni. "30 tahun" jawab seseorang. "Oh, ingat dah 40-an" sangka si adik
Situasi macam ni mungkin pernah terjadi pada kita. Rasa "sentap" apabila orang lain merasakan kita lebih tua dari umur sebenar. Eh, sapa yang tak sentap kan...tapi kalau orang cakap kita lagi muda dari umur yg sebenar, mesti kita suka..kan..kan..biasalah orang perempuan...
Nampak tua pada umur yang muda memang terjadi dikalangan wanita. Hal ini terjadi disebabkan banyak faktor. Antaranya, cara hidup, stress di tempat kerja, pemakanan yang tak terjaga, kurang menjadi kesihatan kulit, kurang rehat dan sebagainya...
Shaklee pengeluar makanan kesihatan telah menemui satu formula iaitu Vivix, minuman yang mempunyai  kandungan antioksida yang tinggi berbanding minuman yang lain...Jom saya kongsikan artikel yang disiarkan oleh harian metro ini


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ramai wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.





Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.  Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah. Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Vivix boleh didapati menerusi harga ahli Shaklee di semua cawangan Shaklee seluruh negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kagum dengan hasil penyelidikan yang dibuat ke atas semua bahan-bahan semulajadi yang menjadi formula dan Vivix. Ramai yang dah menikmati Vivix ini, anda bila lagi...JOM dapatkan sekarang!!


sumber: HARIAN METRO 22/1/2010



Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012 6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Jom, tempah sekarang!!

No comments:

Post a Comment