Saturday, June 16, 2012

Rangkain Get Clean Shaklee Alternatif Kepada Sabun Yang Berbahaya


Universiti Sains Malaysia (USM) antara universiti yang sangat menyokong usaha untuk menghijaukan bumi. Banyak aktiviti dan tindakan yang diambil untuk memastikan kelestarian bumi USM ini. Ia mungkin hanya langkah kecil sebab dilakukan hanya di USM tapi  bagi saya ia perlu diperluaskan lagi untuk memastikan bumi kita ini betul-betul dipelihara.

Apabila kita bercakap tentang hijaukan bumi, kita akan memperkatakan tentang "recycle, reuse, reduce" dan sebagainya. Hal itu memang dah sebati dalam diri kita. Banyak benda yang kita boleh kitar semula contoh: surat khabar lama, botol-botol plastik, kotak, tin aluminum dan sebagainya. Semua orang insyaAllah, sikit-sikit boleh buat aktiviti kitar semula ni..Kan..kan...anda semua dah mula ke program kitar semula di rumah anda?? ;)

Sebenarnya, salah satu perkara yang menyebabkan bumi kita belum "hijau" adalah pencemaran yang semakin berleluasa. Contohnya, pencemaran udara, air dan persekitaran. Tahukah kita, sebenarnya, sabun dan detergen yang kita guna di rumah tu antara bahan-bahan yang menyumbang kepada pencemaran air dan persekitaran??? Bagaimana ia berlaku??

Sabun dan Pencuci
Nak katanya, sabun dan bahan pencuci merupakan antara bahan kimia di rumah yang paling bahaya berbanding dengan bahan-bahan lain. Ini disebabkan bahan ini boleh dikatakan terdapat di setiap rumah dan biasanya kita tidak berapa mengambil peduli tentang cara penyimpanannya secara selamat. Di samping itu tidak ramai yang mengetahui tentang kandungan dan bahaya bahan aktif yang terdapat di dalamnya. Kajian yang dilakukan terhadap 140,000 kes keracunan di Amerika Syarikat mendapati 10% daripadanya disebabkan oleh sabun dan bahan pencuci. Ramai di kalangan mangsa menemui maut akibat tertelan bahan beracun tersebut.
Detergen merupakan produk teknologi yang strategik, karena telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat moden dari rumah hinggalah perindustrian yang besar.

Pada umumnya, detergen mengandung bahan-bahan berikut :
Surfaktan (surface active agent) yang berfungsi untuk menurunkan tegangan permukaan air sehingga dapat melepaskan kotoran yang menempel pada permukaan bahan. Surfaktan pada deterjen pencuci pakaian dikategorikan sebagai anionik, umumnya tersusun dari alkyl benzene sulfonate rantai bercabang (ABS), alkyl benzene sulfonate rantai lurus (LAS) dan Alpha Olefin Sulfonate (AOS).
Builder (pembentuk) yang berfungsi untuk meningkatkan efisiensi kerja surfaktan. Salah satu builder yang banyak digunakan adalah fosfat.
Filler (pengisi) yang berfungsi untuk menambah kuantiti produk detergen.
Additives yang berfungsi untuk meningkatkan daya tarik produk seperti pewangi, pemutih dan pewarna.

Detergen diperbuat melalui dua cara: 
detergen semulajadi-minyak sayuran
detergen sintetik-pecahan petroleum.

Detergen merupakan bahan yang digunakan untuk mencuci bekas atau permukaan dan tidak digunakan pada tubuh. Sediaan yang didapati biasanya dalam bentuk serbuk, cecair dan semburan. Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Terdapat beberapa jenis serbuk pencuci terdiri surfaktan negatif sintetik untuk menggantikan sabun-sabun biasa.

Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci Sintetik
Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Kesan Pencuci Sintetik
Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Pencuci sintetik mengandungi bahan-bahan seperti fluorescent untuk memutihkan pakaian, fosfat sebagai agen menanggalkan kotoran, silika untuk meningkatkan keupayaan mencuci dan garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.

Kebanyakan bahan pencuci terdapat di pasaran tidak melabelkan kandungannya. Ini menyukarkan pengguna membezakan antara pencuci asli dan pencuci sintetik.

Kenali Pencuci Sintetik
1) Sediakan bahan pencuci yang hendak dikenal pasti, air, bekas lutsinar dan cuka (asid asitik).
2) Campurkan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas lutsinar mengandungi air. Biarkan sehingga campuran tersebut larut seketika.
3) Campurkan sedikit cuka ke dalam bekas tersebut.
4) Hasil yang akan didapati adalah seperti berikut:
jika sabun asli - tiada buih dan air menjadi keruh.
jika sabun pencuci sintetik - ada buih dan air kelihatan jernih.
jika campuran pencuci sintetik dan sabun asli - berbuih dan air menjadi keruh.
Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik.

Bahan-Bahan Lain Yang Bahaya
Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan.

Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini.

Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis.

Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.


Apa ALTERNATIF kita untuk selesaikan maslaah ini?? 

Jangan risau. Sebenarnya, kita memang ada alternatif untuk bertukar kepada sabun dan detergent yang selamat digunakan, tidak mencemarkan bumi dan jimat..
Memperkenalkan rangkaian Get Clean Shaklee. Ia terdiri daripada
1) Soft Fabric Concentrate (Pelembut Fabrik)
2) Fresh Laundry Concentrate ( Pencuci Kain Baju)
3) Dish Wash Concentrate ( Pencuci Pinggan)
4) Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate ( Pencuci Serbaguna)






Apa beza Rangkain Get Clean Shaklee dengan Pencuci di Pasar Raya?
1) Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
2) Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda 
  • Dua kali ganda lebih pekat
3) Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Dengan menggunakan rangkain Get Clean ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan rumah, peralatan rumah dan baju dengan jimat malah kita dapat menyelamatkan alam sekitar. Ia sangat berbaloi.


Tindakan kecil kita dengan menggunakan pencuci yang mesra alam memberi impak yang besar terhadap alam sekitar. Sesunggunya bumi ini dipinjamkan dari generasi akan datang kepada kita. Cintailah bumi ini kerana ia tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 


~MENGHIJAUKAN BUMI  ADALAHTANGGUNGJAWAB BERSAMA~




Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 012 6891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Jom, tempah sekarang!!

No comments:

Post a Comment