Apa itu relaktasi? Relaktasi ialah proses penyambungan
semula penyusuan susu ibu selepas pemberhentian penyusuan selama beberapa lama
atas sebab-sebab tertentu. Sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah
kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan
kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan
tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.
Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk
kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia
bayi lebih daripada 6 bulan.Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang
perlu diambil perhatian:
-memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
-mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau
meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada
beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum
berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah
lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu
“kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungki
nan
“kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu
daripada ibu?
Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar
untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk
kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan
botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi,
walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya
sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu
daripada payudara ibu?
Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya
semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah
untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2
bulan sahaja.Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha
untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu
Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh serta
kekuatan mental dan semangat yang kuat daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi
kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk
menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara
ibu.
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha
relaktasi menjadi lebih mudah. Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
- Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur
- Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising
- Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
- Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
- Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
- Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu: Bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan
seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah
dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan
tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
[Paten 1]
Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya,
ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara
perlahan-lahan. Gantikan dengan
penyusuan daripada payudara ibu. Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid
(sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang
pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran
susu melalui lactation aid.
[Paten 2]
Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan
susu ibu,lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya
bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak
terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi
daripada payudara ibu, jangan putus asa…
tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan
dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha
menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada
payudara ibu.
Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu,
harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali
menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan
memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan
untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
- perah/pam dengan kerap (ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu.
- pada waktu malam lakukan power pumping secara berterusan)
- makan makanan berkhasiat dan seimbang (ambil supplemen jika perlu. -Dapatkan konsultasi untuk set yang paling sesuai)
- makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
- menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
- kurangkan stress
- berfikiran positif
- Banyakkan zikir, solat sunat hajat dan doa
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh
mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya
atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan
bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada
bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih
sempurna.
Last but not least, ingatlah bahawa susu ibu itu adalah
rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua.
Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran
boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita
teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.
kredit: hanis amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu relakstasi tapi tiada sokongan. Jom saya bantu..InsyaAllah, kalau niat baik mesti Allah akan bantu..yang penting USAHA, DOA dan TAWAKAL :)
Tahniah sis, artikel yg sangat membantu..teruskan menghasilkan entry2 yang menarik lg..keep up the good work & may Allah bless u!
ReplyDeleteakak pun share dari blog org lain. may Allah bless u too dear
ReplyDeleteKak, anak saya kembar umur 11 bulan, berhenti menyusu sejak umur 3 bulan lagi sbb saya bekerja dan berjauhan. Skrg saya suri rumah sepenuh masa. Saya terfikir, boleh ke saya dapat menyusukan anak2 saya semula ya?
ReplyDeleteboleh andi.
ReplyDeletetapi saya galakkan andi jumpa lactation councelor. they are more expert.
salam, anak saye baru usia 3 bln..saye da campur fm sbb susu sgt kurang.. boleh bg cadangan relactation utk ibu berkerja? adakah pam susu stiap 2-3jam pd waktu mlm shj memadai?
ReplyDeleteNurjiba boleh sbb baby masih 3 bulan.
DeleteSaya Nasihat kan pam kerap time keje dan buat power pumping time malam selama satu jam.
Kalau nak chat dgn saya boleg Whatapps akak di 0126891597.
Kita bincang one by one
Nurjiba boleh sbb baby masih 3 bulan.
DeleteSaya Nasihat kan pam kerap time keje dan buat power pumping time malam selama satu jam.
Kalau nak chat dgn saya boleg Whatapps akak di 0126891597.
Kita bincang one by one
assalam...sis..ank sya umr 5 bln dh brhti mnm sau bdn sya..skrg dh 11 bln..sya bkrja..sya nk myusu kmbli..msh ada hrpn ke ssu bdn sya ada kmbli?sya prnh suapkn ank sya utk myusu bdn,dia isap tp dia ggit..huhu
ReplyDelete