Tuesday, October 28, 2014

Tip Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

Kita mulia kerana Islam. 
Honestly..kan :)

In most cases, banyak pengamatan dan pengalaman yang saya lalui dan saya sangat bersyukur saya Islam dan saya bertudung.

Memang orang cakap tak bermakna org bertudung ni baik...betul...tapi bila bertudung ni kita menunjukkan rasa patuh kita terhadap Allah. Allah suruh kita tutup aurat, kita tutup. Itulah satu ketaatan seorang hamba kepada Tuhan yang menjadikan kita.Baik ke tak..itu biarlah urusan antar hamba dan Allah...kan..Pintu taubat selalu terbuka. Ok lah, hari ni nak bagi tip sikit kat adik-adik, kakak-kakak yang bertudung..

Penjagaan rambut bagi yang bertudung memang ada cabarannya.

Antaranya kulit kepala kering, bersisik, kelemumur, rambut gugur, rambut bercabang..ishh..memang tak best la kan...

Antara masalah yang dihadapi oleh wanita bertudung terutama yang berambut panjang ialah rambut tidak sempurna kering apabila dicuci pada waktu pagi. Kekdg mmg rasa lebih selesa apabila basahkan rambut pada waktu pagi sebab rasa lebih segar tapi bila lambat kering ia boleh merosakkan rambut terutama bila kita terus pakai tudung bila rambut masih lagi lembab.

Langkah utama yg boleh diambil ialah:

1. Tidak terlalu kerap mencuci rambut pada waktu pagi 

Sekiranya adik, kakak mempunyai tabiat suka cuci rambut pada waktu pagi, cuba ubah tabiat ini. Ini kerana kecenderungan utk rambut tidak kering amat tinggi. Sebab bila rambut basah, memang ambil masa untuk kering walau sudah menggunakan pengering rambut. Memang tidak sesuai sgt kalau kita-kita yang bertudung ni basuh rambut setiap pagi. lebih baik basuh pada waktu selepas pulang dari kerja lebih banyak masa untuk rambut kering.


2. Tidak terlalu mengikut trend semasa

Kalau tengok fesyen tudung sekarang, memang tak ter *catch up*. Setiap bulan ada je tudung terbaru. Ada 2 lapis, 3-4 lapis pun ada. Kalau boleh kurangkan memakai tudung yang berlapis-lapis setiap hari. Ini kerana pengudaraan rambut perlu diutamakan. Paling mudah pakai tudung selapis yang tidak jarang. Aurat terpelihara, rambut pun ada udara masuk.

3. Rambut pun perlu pengudaraan yang baik
Bila kita bekerja, selama itu la rambut tertutup. Jadi, seelok-eloknya sampai di rumah, rambut dilepaskan dari diikat. Ini penting untuk beri kerehatan pada rambut. Bukan kita sahaja perlukan pengudaraan yg baik, rambut juga tau.

4. Belai rambut dengan protein dan zat
Rambut yang sihat mempunyai protien dan zat yang mengcukupi. Bila tidak bekerja, rajin-rajin lah pakai moiturizer pada rambut. Perkara ni kena amalkan untuk kasi rambut bermaya dan segar.

5. Rawatan Rambut
Memang ada sesetengah org suka buat rawaatan rambut, tidak kurang pulak yang menyangka rawatan rambut di salon sama seperti mencuci rambut di rumah..sebenarnya tidak sama!!

Selalunya di salon-salon rambut menggunakan syampo dan perapi yang berkualiti tinggi. Selain itu, mereka membuat urutan yang boleh memberi peredaran darah yang baik di kepala. Jadi sebulan sekali rambut perlu diperiksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Hal ini kerana jika dibiarkan berlarutan, rambut mudah jadi gugur secara tak langsung rambut akan jadi sagat nipis sehingga boleh nampak kulit kepala.

6. Amalkan pemakanan yang sihat
Orang cakap, kita adalah apa yang kita makan. Betul...kalau kita makan makanan yang sihat insyaAllah kita sihat, jika tidak, sebaliknya yang berlaku. Dengan keadaan dunia sekarang, tanah kurang subur, makanan banyak racun, ayam disuntik memang kita kurang nutrisi. Untuk jadikan rambut sihat elok sangat kalau kita amalkan B Complex, Soy protien dan Zinc Complex. Semua vitamin dan protein ini sangat membantu untuk menjadikan rambut lebih sihat dan kuat.

Jika adik akak nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee khas untuk penjagaan rambut, boleh hubungi saya di

Daya
012-6891597
hidayazakaria@gmail.com

Saya akan terangkan sebaiknya. InsyaAllah.


2 comments:

  1. Yang bertudung patutnya lebih lagi cuci rambut, sbb rambut kita terlindung, berpeluh, kalau x jg boleh naik bau..org sebelah pon boleh bau.. nice sharing. Santai keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cik Surya. Tapi lebih elok cuci rambut pada waktu selepas habis kerja atau waktu petang. so lebih masa untuk rambut kering.
      kalau suri rumah, bila-bila boleh cuci rambut.

      TQ for visit my blog cik surya!

      Delete