Assalamualaikum WBT,
Siapa kenal Diane Sera? Personal Trainer yang kecil molek tapi strong babe!
hehe...
Saya pernah ikuti program Bakar Lemak Boot Camp under Diane Sera pada bulan Jun 2014 yang lalu. Best sangat progam tu. Bakar Lemak Boot Camp ni bukan program nak kuruskan badan tapi ia lebih kepada fitness dan strength.
Antara aktiviti yang kami lakukan ialah angkat kayu balak dan squat, angkat air bergelen-gelen, flip tayar besar dalam 80 kg, tarik rantai besi....
Fuh....penat tapi memang bestttttt!!!!
Bagi saya Diane Sera sangat berpengalaman dalam bidang fitness. Beliau ada fan page di Facebook. Boleh follow di sini, Fan Page Diane Sera.
Banyak yang saya belajar dari beliau tentang fitness dan strength.
Banyak sangat tips-tips yang Diane share di page beliau. Beliau kini tengah hamil!!
Since saya tengah pregnant juga sekarang, satu topik yang menarik dalam page beliau ialah cara nak turun berat badan selepas bersalin...
Saya telah bersalin dua kali..memang berat akan turun betul-betul lepas bersalin, tapi lepas pantang..aduh...selera naik beb...sadis betul...yang tak tahan nya saya kuat makan time pantang sebab mak masak sedap.
Untuk kehamilan ke tiga ni, saya nak betuk-betul ikut nasihat Diane Sera.
1. Jangan makan merapu waktu preggy!
Kekalkan clean or healthy diet supaya bodyfat % tidak naik terlalu mendadak dan lemak yang membiak dalam badan bukanlah hasil dari sumber lemak tepu sekiranya anda jaga pemakanan.
2. Teruskan bersenam
Teruskan bersenam sejak sebelum preggy, di awal trimester, pertengahan trimester, akhir trimester dan selepas bersalin. Setiap fasa mempunyai senaman yang bersesuaian mengikut keadaan preggy mommy.
3. Stay active & positive!
Waktu hormon tak stabil macam ni, preggy mommies mmg sensitif dan mudah stress. Jadi belajar berfikiran positif dan belajar teknik pernafasan yang betul bagi membantu pengaliran darah dalam badan dan otak. Jangan duduk terperap satu tempat. Banyakkan bergerak dan bersosial dengan keluarga dan kawan2. Rajin2kan diri menyertai kelas2 senaman untuk ibu mengandung atau penuhi waktu terluang dengan aktiviti yang menyeronokkan anda. Ini membantu anda menjadi lebih ceria dan tidak murung.
4. Rehat mesti cukup
Pastikan rehat anda cukup paling kurang 8jam dalam sehari. Belajar tidur dalam posisi mengiring ke kiri, mengalas kaki dan perut dengan bantal, meninggikan sedikit posisi kaki dan tidur dalam bilik yang gelap. Suhu bilik hendaklah berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan preggy mommies.
5. Jaga pemakanan
Pastikan dalam waktu berpantang, jaga betul2 pemakanan anda. Lakukan juga senaman ringan untuk orang berpantang. Anda digalakkan menyertakan sekali jamu atau ubat tradisi di dalam diet pantang anda SELEPAS anda bersalin dan tidak menyusukan anak lagi.
6. Breastfeeding!
Breastfeeding! Breastfeeding!
Ia mampu membakar kalori anda dengan lebih cepat!
Menghadapi waktu bersalin ibarat anda akan menghadapi pertandingan marathon. Hanya mereka yang membuat persediaan awal seperti menjaga pemakanan, bersenam rehat cukup dan menjaga kestabilan mental emosi mampu berjaya menghadapi dengan jaya. Dengan persediaan sebegini juga memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat. Bila ibu sihat, perkara yang tidak di ingini seperti pembedahan cesear atau bayi pra matang, dapat di elakkan. Sekiranya anda melalui proses bersalin secara normal, ia membantu anda menjimatkan masa dalam menurunkan berat badan sepanjang berpantang..
Jangan malas untuk jaga makan dan bersenam! Mulakan penjagaan dari anak pertama supaya proses penurunan berat badan tidak menjadi rumit pada pregnancy akan dtg. Ingat, mengandung bukan alasan untuk tidak menjaga makan atau tidak bersenam..
Ingat nak turun berat selepas bersalin, kena bermula sebelum hamil lagi...
No comments:
Post a Comment