Saturday, May 25, 2013

SET BERSALIN SHAKLEE MEMANG BEST (Testimoni Sendiri)

Pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee untuk anak kedua merupakan sesuatu pengalaman yang berbeza. Saya mengamalkan vitamin Shaklee sejak sebelum mengandung lagi. Saya ambil GLA Complex dan ESP untuk stabilkan hormon since saya ambil perancang sebelum itu. Kemudian bila tahu saya pregnant, saya memang ambil vitamin Shaklee sahaja. Tak ambil vitamin klinik. Alhamdulillah, Hb saya berada di paras normal dan berat saya hanya naik 9 KG sahaja!! Tak seperti semasa mengandung anak pertama, berat naik sampai berbelas kg. Hehe...

Selepas bersalin, saya berpantang di rumah mak saya. Disebabkan rumah mak jauh dari bandar, saya memang buat persiapan lengkap untuk berpantang dan sudah semestinya saya memilih set bersalin shaklee. Apa yang lebih best, vitamin Shaklee yang saya ambil ketika mengandung boleh diambil ketika selepas bersalin. Kan jimat tu :)

Alhamdulillah, apa yang saya perasan luka saya baik pada 2 minggu pertama selepas bersalin. Kira dalam sebulan tu luka jahitan memang dah sembuh sepenuhnya. Selain itu saya rasa sihat, bertenaga dan cergas. Sampai nurse yang datang rumah tu cakap "Ko ni macam tak bersalin je. Nampak cergas je". Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Apa yang lebih menggembirakan saya, susu badan saya telah keluar pada hari ke 3. Apabila melihat kolostrum yang berwarna kuning keluar dari cik B, saya sangat gembira. Saya gembira kerana dapat memberi antibodi yang terbaik untuk Najla. Cik B saya juga cepat penuh. Baby saya, Najla, kadang-kadang terbatuk-batuk selepas menyusu. Kini, saya telah mula mengepam untuk simpan stok EBM untuk Najla. Alhamdulillah, dari hari ke hari ada peningkatan dari segi auns susu yang berjaya dipam. Syukur kepada Allah. Pengambilan ESP, Alfalfa dan Ostematrix sangat membantu!!!Saya sangat bersyukur kepada Allah atas rezekiNya. Saya percaya bila kita yakin Allah Pemberi Rezeki, insyaAllah rezeki itu ada pada anak kita.

Ostematrix dan Alfalfa sangat membantu untuk melembutkan najis. Setelah membuat research sendiri, jika saya TIDAK mengambil alfalfa dan ostematrix, saya akan berada di toilet lebih kurang 30-45 minit!!! Fahamkah? Kesimpulannya, ostematrix membantu saya dalam menjimatkan masa di toilet (><).

Mengambil ESP secara konsistan, saya dapat lihat perubahan pada kulit saya. Ya kulit nampak lebih cerah dan sekata. Gebu?? Eh tak lah...biasa-biasa aja (>_<).

Dan yang paling best, rambut kurang gugur!!! Itu yg paling saya perasan. Bila sikat rambut dengan tangan, wahh...dah tak banyak rambut yang sangkut.

Saya juga perasan anak kurang kembung (berbanding anak pertama) dan kuning dia hanya slightly sahaja.

Selain dari ambil vitamin Shaklee, saya juga turut mengambil Syampoo Prosante Shaklee dan menggunakan rangkain sabun Get Clean Shaklee untuk membasuh cloth diaper dan baju-baju Najla. Ha..part ni nanti saya cerita.

Bagi saya, set bersalin shaklee memang best. Saya sangat recommend pada semua.

maklumat lanjut set bersalin Shaklee adalah seperti dibawah:

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada: 

Ok secara umumnya, vitamin-vitamin ini berfungsi seperti berikut:

1. B-Complex: Kandungan vitamin B1 (thiamine) boleh mengurangkan kemurungan, dan mengawal mood seseorang. Kandungan Vitamin B6 pula terlibat dalam pembuatan neurochemical dalam otak yang dipanggil serotonin. Serotonin yang rendah menjadikan sistem saraf lebih sensitif, menjadikan kita lebih terdedah kepada tekanan.

2. Vitamin C: Meningkatkan imun sistem dan membantu dalam menyembuhkan luka-luka selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen.

3. Vita-Lea (Multivitamin/Mineral Bersama Iron Formula): Kehilangan banyak darah ketika bersalin boleh membuatkan kita kurang cergas. Maka, iron sangat penting. Selain itu, multivitamin dan multimineral yang lain sangat diperlukan nagi memastikan si ibu sentiasa bertenaga dan sihat. 

4. Zinc Complex: Zinc membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas bersalin. Jika mummy bersalin secara C-ser, zinc adalah antara vitamin yang sangat penting. Ia juga bantu mengelakkan rambut gugur.

Selain itu, untuk menjayakan penyusuan seawal bersalin, saya juga ambil Ostematrix, ESP dan Alfalfa. Boleh baca di sini fungsi vitamin ini. 

Dan Omega Guard bagi memastikan anak saya mendapat bekalan DHA dan EPA untuk perkembangan otaknya.


Untuk sebarang pertanyaan dan ifo lanjut, boleh hubungi saya di:


Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat



No comments:

Post a Comment