Assalamualaikum WBT,
masih dalam mode mencari info tentang breastfeed :)
Bagi ibu-ibu berkerjaya dan menyusukan anak, menyimpan stok ketika berpantang amat penting. Ye sangat penting. Menyimpan stok siap-siap sebelum berkerja amat mustahak bagi memastikan bayi dapat bekalan susu secukupnya bila ibu sudah mula bekerja.
Walaupun, saya belum bekerja dan cuti bersalin adalah infiniti (saya masih master student :) ) saya masih mahu menyimpan stok untuk baby Najla. Sebab saya tahu di satu masa akan terjadi zaman kemerunduman susu disebabkan period, sakit dan sebagainya.
Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Persiapan untuk memulakan proses pengepaman juga amat penting, bukan apa, pelaburan terhadap pembelian breastpump, botol storage dan lain-lain memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. sebab tu bila dah ada pam dan semua brg, perlu kuat semangat untuk teruskan perjuangan as breastfeed mother and pumping mother...jgn dibazirkan semua yang dah beli :)
Jom tengok apa asas yang perlu kita tahu tentang pengepaman secara ekslusif. Tips dikorek dari blog kak Lyna
ASAS MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF:

(1) Jenis Pam Yang Sesuai
Agak subjektif bila bercakap tentang pam yang sesuai. Tapi secara peribadi saya mencadangkan pam elektrik double, contohnya Ameda, Medela Freestyle, Medela Pump In Style, Spectra dan sebagainya.Walaupun begitu, masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja. Jika ada rezeki lebih, investlah dalam pam yang mahal sikit.
2) Mula Mengepam!
AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.
Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).
3) Nipple Cream
Lumrah ibu menyusu mengalami masalah sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya.
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan nipple dengan susu ibu dan biarkan kering.
4) Menyimpan Susu Perahan
Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.
So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
- tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu.
- tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu. Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya…

5) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan, lap dulu sisa2 susu.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:
- Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster!
- Tak jaga makan minum
- Pakai bra yang ketat
- Tak cukup tidur
- Stress
- Ambil pil perancang yang kurangkan susu
TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:
- Makan mengikut keperluan ibu menyusu, xtra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
- Rehat secukupnya
- Fikiran positif
- Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
- Buat urutan pada breast
- tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
- Tuam payudara
- Buat power pumping
- Double pumping+marmet
Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
Selamat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita
Untuk sebarang info, boleh hubungi:
Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat
Untuk sebarang info, boleh hubungi:
Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat
No comments:
Post a Comment