Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Terima kasih kepada pembaca blog ini kerana terus setia mengikuti blog Shaklee saya yang masih setahun jagung.
Maaf kerana tidak banyak entry yang sempat saya "post" untuk tatapan pembaca semua, sementelah, bulan April ini bulan yang agak sibuk untuk saya.
Untuk pengetahuan semua, saya telah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 11 April 2013, pada pukul 2.56 pagi di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah ( jadi orang nismilan anak den :)).
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Memang tidak dapat dinafi, kelahiran Najla agak tough berbanding abg nya yang hanya 2.66 kg. Pengalaman bersalin kali ini insyaAllah saya akan share di blog personal saya. InsyaAllah.
Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah dan musleh.
Moga Allah murahkan rezeki Najla untuk diber susu ibu selama 2 tahun. Saya sangat berusaha ke arah itu.
Sepanjang berpantang ni, insyaAllah saya akan share cara berpantang saya dan penyusuan saya. Moga ia bermanfaat untuk follower blog ini.
Sayang semua :)
~Ibu Iman~
No comments:
Post a Comment