Monday, April 22, 2013

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu


Semangatttttt!!!
Alhamdulilah!!
:)
Itu lah yang saya jerit dalam hati bila dapat susukan baby Najla dengan susu ibu yang mengalir dari dalam tubuh ini. Setiap hari, saya berdoa moga Allah murahkan rezeki baby Najla untuk dapat susu terbaik dari ibunya.
Jom, hari ni nak kongsikan tips tingkatkan susu ibu dari blog Puan Yati
Moga beri manfaat :)
*****************************************************************

~Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa.
~ Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang.

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buathyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping.

~ Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.

~ Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan.

~ Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.

Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu.

Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu.

Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.

Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. Jimatkan masa dengan menggunakan hands-free.

Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.

Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium

**********************************************************************

Moga semua ibu-ibu lebih peka untuk buat check list ni dalam usaha untuk tingkatkan susu. yang penting SEMANGATTTT!!!

Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Keperluan Kalsium Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi


Kalsium adalah satu elemen yang diperlukan oleh tubuh, samada menyusu atau tidak. Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira2 1.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?
Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari… Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.
Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang, terutama warga tua WANITA. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tapi mencegah. Yakni ia perlu ada dalam diet harian kita.
Kalsium, seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu penyerapan vitamin B12, dan ia memerlukam Vitamin D untuk penyerapan, dan juga Vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.
Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory-made mengandungi bahan2 yang boleh mereputkan tulang.
Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah, dan in memberi kesan kepada kebanyakan ibu. Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.
Jadi kepada ibu2 yang mengalami masalah susu kurang semasa period, ibu boleh mengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.
Minum susu tak cukup ke? Tak ada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tak memudaratkan untuk jangkamasa panjang. Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami susu kurang semasa period.

Tapi janganlah kalau susu kurang, ibu pun kurang mengepam.. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping.
Siapa kata jika ambil suplemen tak perlu pam banyak2?
Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan… Pasti tak sanggup hadapi masalah tulang nanti kan.
Untuk pesanan produk dan pertanyaan, boleh hubungi:
Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Sunday, April 21, 2013

Tips Asas Mengepam Secara Eksklusif


Assalamualaikum WBT,

masih dalam mode mencari info tentang breastfeed :)

Bagi ibu-ibu berkerjaya dan menyusukan anak, menyimpan stok ketika berpantang amat penting. Ye sangat penting. Menyimpan stok siap-siap sebelum berkerja amat mustahak bagi memastikan bayi dapat bekalan susu secukupnya bila ibu sudah mula bekerja.

Walaupun, saya belum bekerja dan cuti bersalin adalah infiniti (saya masih master student :) ) saya masih mahu menyimpan stok untuk baby Najla. Sebab saya tahu di satu masa akan terjadi zaman kemerunduman susu disebabkan period, sakit dan sebagainya. 

Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Persiapan untuk memulakan proses pengepaman juga amat penting, bukan apa, pelaburan terhadap pembelian breastpump, botol storage dan lain-lain memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. sebab tu bila dah ada pam dan semua brg, perlu kuat semangat untuk teruskan perjuangan as breastfeed mother and pumping mother...jgn dibazirkan semua yang dah beli :)

Jom tengok apa asas yang perlu kita tahu tentang pengepaman secara ekslusif. Tips dikorek dari blog kak Lyna

ASAS MENGEPAM SECARA EKSKLUSIF:
(1) Jenis Pam Yang Sesuai
Agak subjektif bila bercakap tentang pam yang sesuai. Tapi secara peribadi saya mencadangkan pam elektrik double, contohnya Ameda, Medela Freestyle, Medela Pump In Style, Spectra dan sebagainya.Walaupun begitu, masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja. Jika ada rezeki lebih, investlah dalam pam yang mahal sikit.
2) Mula Mengepam!
AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.




Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).
3) Nipple Cream
Lumrah ibu menyusu mengalami masalah sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya.
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan nipple dengan susu ibu dan biarkan kering.
4) Menyimpan Susu Perahan
Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.
So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
- tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu.
- tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu. Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya…
5) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan, lap dulu sisa2 susu.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:

  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu

TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:

  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, xtra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • Fikiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet
Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja!
Selamat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita :)

Untuk sebarang info, boleh hubungi:

Puan Daya @ Ibu Iman,
012-6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat Itu Nikmat

Saturday, April 20, 2013

Petua Banyakkan Susu Badan


Assalamualaikum WBT,

Since dah bersalin ni, minat untuk mendalami ilmu-ilmu tentang penyusuan semakin menebal. Saya sangat berazam untuk menyusukan baby Najla dengan susu ibu sehingga 2 tahun, Moga Allah mudahkan. Saya banyak blog walking ke blog-blog otai dalam penyusuan dan saya kreditkan artikel mereka di sini sebagai panduan kita bersama. Breastfeeding is Sunnah :)

Petua Banyakkan Susu Badan

Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah mula bekerja.
Konsep utama dalam mebanyakkan susu ibu adalah:

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN


Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?

susu badan banyak

Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)

Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.
Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.
Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?
Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:


Puan Daya @ Ibu Iman
SMS/Wassup/iMassage: 012-6891597
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Page: Sihat itu Nikmat (Vitamin Store Ibu Iman)

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 10 saya berpantang :) Alhamdulillah semua berjalan lancar. Syukur, Allah mudahkan.

Walaupun sudah mempunyai dua orang anak, saya tidak nafikan, saya masih membutuhkan ilmu-ilmu tentang penjagaan bayi yang baru lahir. Hari ni jom check list info dan tip penjagaan bayi baru lahir.




Keadaan bayi baru lahir:

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diridengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. 

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. 

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.




9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. 


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklahsentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.

9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.


12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.

13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. 


Moga bermanfaat :)

Untuk pesanan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:
IbuIman @ Daya


SMS/Call/ Wassup/iMessage: 012 6891597
hidayazakaria@yahoo.com
FB: Norhidaya Zakaria
Fan Pages: Sihat Itu Nikmat

Alhamdulillah, Saya Telah Selamat Bersalin.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada pembaca blog ini kerana terus setia mengikuti blog Shaklee saya yang masih setahun jagung.

Maaf kerana tidak banyak entry yang sempat saya "post" untuk tatapan pembaca semua, sementelah, bulan April ini bulan yang agak sibuk untuk saya.

Untuk pengetahuan semua, saya telah pun selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 11 April 2013, pada pukul 2.56 pagi di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah ( jadi orang nismilan anak den :)).


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Memang tidak dapat dinafi, kelahiran Najla agak tough berbanding abg nya yang hanya 2.66 kg. Pengalaman bersalin kali ini insyaAllah saya akan share di blog personal saya. InsyaAllah.

Semoga anak ini akan menjadi anak yang solehah dan musleh.
Moga Allah murahkan rezeki Najla untuk diber susu ibu selama 2 tahun. Saya sangat berusaha ke arah itu.

Sepanjang berpantang ni, insyaAllah saya akan share cara berpantang saya dan penyusuan saya. Moga ia bermanfaat untuk follower blog ini.

Sayang semua :)

~Ibu Iman~