Pil Viagra digunakan untuk lelaki yang masalah disfungsi ereksi (erectile dysfuntional) atau mati pucuk. Apabila seorang lelaki hendak melakukan hubungan kelamin, Viagra membantu mengekalkan ketegangan semasa sedang dalam keadaan ghairah. Seseorang lelaki tidak boleh mencapai ketegangan dengan hanya menelan Viagra. Hanya doktor yang bertauliah sahaja boleh membenarkan penggunaan Viagra.
Ramai yang salah anggap terhadap pil Viagra. Sebenarnya,
Viagra tidak merawat mati pucuk. Ia hanya membantu dan mengekalkan ketegangan.
Perlu diketahu juga bahawa Viagra tidak menghalang anda atau pasangan anda dari
penyakit jangkitan hubungan seks seperti HIV. Anda masih memerlukan kondom
sebagai langkah keselamatan. Semua perlu faham bahawa Viagra bukanlah hormon
atau pemangkin nafsu syahwat (aphrodisiac).
Tidak ramai lelaki yang mengambil tahu, siapa yang
sepatutnya boleh mengambil Viagra.
Sesuai ke pesakit jantung mengambil Viagra?
Teruskan membaca artikel ini.
Siapa Yang Memerlukan Viagra?
Lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk dan mereka tiada
masalah jantung. Jika lelaki tersebut mempunyai masalah jantung yang kronik,
beliau tidak sesuai mengambil Viagra.
Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Viagra?
Lelaki yang pernah mengambil ubat-ubatan nitrat seperti
nitrogliserin, isosorbide mononitrat atau dinitrate, amyl nitrat atau nitrite
dan lelaki yang alergi kepada kapsul Viagra. Wanita tidak boleh mengambil
Viagra.
Langkah-Langkah Sebelum Mengambil Viagra.
Jika anda mengalami masalah mati pucuk atau ED , anda wajib
memberitahu doktor jika anda pernah alami.
- Sakit jantung, degupan tidak sekata atau strok
- Kegagalan jantung seperti sakit dada atau injap aortik
yang mengecil
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Kecederaan mata yang serius
- Kondisi mata yang dipanggil retinitis pigmentosa
- Masalah buah pinggang atau hati
- Masalah darah seperti sel anemia atau leukemia
- Mereka yang berkhatan, penyakit Peyronie atau ketegangan
yang berakhir selepas 4 jam
- Ulser perut atau apa-apa masalah pendarahan
Beritahu doktor tentang semua ubat yang anda sedang ambil
termasuk ubat-ubat yang dibeli di farmasi, vitamin dan produk herba.
Beritahu jika anda sedang mengambil
- Ubat yang dipanggil alpha-blockers untuk merawat tekanan
darah tinggi atau masalah prostat. Tekanan darah anda boleh menjadi terlalu
rendah. Doktor mungkin memberi anda dos Viagra yang rendah.
- Ubat yang dipanggil protease inhibitors untuk HIV.
- Lain-lain kaedah yang boleh merangsang ketegangan termasuk
pil, suntikan, implan atau pam.
Kesan Sampingan Dari Pengambilan Viagra Yang Mungkin Boleh
Terjadi
Kebanyakan kesan sampingan antara kecil hingga pertengahan.
Ia biasanya hilang selepas beberapa jam. Sebahagian darinya mungkin disebabkan
oleh dos yang berlebihan.
Kesan sampingan Paling Biasa:- Sakit kepala- Sakit perut
Kesan Sampingan Jarang-Jarang Berlaku:
1. Bermasalah untuk membezakan warna biru dan hijau atau
melihat kebiru-biruan pada sesuatu objek.
2. Mata semakin sensitif kepada cahaya- Pandangan yang kabur
3. Kesan Sampingan Yang Paling Kurang Berlaku:- Ketegangan
hingga 4 jam. Jika ia tidak dirawat, kesan jangka panjang ialah mati pucuk.
4. Kehilangan pandangan secara tiba-tiba pada sebelah atau
kedua-dua mata.
Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia
disebabkan Viagra atau faktor lain. Ia kemungkinan juga terjadi disebabkan
masalah tekanan darah tinggi atau diabetes. Jika mengalami masalah ini,
berhenti ambil Viagra dan ubat-ubat lain dan pergi berjumpa doktor secepat
mungkin.
5. Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ia
tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan Viagra atau faktor lain. Ia
kemungkinan juga terjadi disebabkan masalah tekanan darah tinggi atau diabetes.
Jika mengalami masalah ini, berhenti ambil VIAGRA dan ubat-ubat lain dan pergi
berjumpa doktor secepat mungkin.
6. Serangan jantung, strok, degupan jantung tidak sekata,
dan maut. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan Viagra
atau faktor lain. Kebanyakan kes ini berlaku pada lelaki yang mempunyai masalah
jantung.
Kesimpulannya, jika anda ingin mengambil Viagra pastikan
anda mendapat nasihat dan konsultasi dari doktor yang bertauliah. Lebih baik
lagi, anda berjumpa pakar sakit tuan.
Seharusnya pengambilan Viagra tidak memberi risiko yang berbahaya
kepada pengguna.
Pengguna perlu lebih bijak sebelum mengambilnya dengan
mengetahui berapa banyak dos yang dibenarkan diambil.
Jangan ambil sebarangan, walaupun anda lelaki yang masih
muda.
sumber: secretmedicine
No comments:
Post a Comment