Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah selamat bersalin anak ke 3 pada 28hb Februari yang lalu.
Syukur Allah mudahkan segalanya.
Pengalaman bersalin anak nombor 3 agak berbeza dengan anak nombor 1 dan nombor 2. Bukan apa, sebab saya hanya berada lebih kurang 1 minit dalam labour room sebelum bersalin.
Sangat singkat.
Hari ini saya ingin kongsikan CARA MUDAH BERSALIN yang mungkin ibu-ibu yang tengah hamil boleh amalkan berdasarkan pengalaman 3 kali bersalin. This is based on my experience ye (a part of it).
1. Peka dengan "show"
Perkara pertama yang ibu-ibu kena tahu ialah kehadiran "show". Samada show datang dari
1. Darah bersama lendir (Warna merah atau coklat)
2. Air ketuban yang pecah.
3. Kontraksi
==> Kalau air ketuban yang pecah dulu
Seharusnya apabila air ketuban sudah pecah or rasa air banyak keluar, ibu perlu terus ke hospital. Ini kerana apabila air ketuban sudah pecah, bayi sudah tiada medium untuk berbertahan lebih lama. Apa yang mebimbangkan takut ada jangkitan kuman atau bayi lemas. Jadi, ibu perlu terus ke hospital. Tapi jangan terkejut, jika tanpa air ketuban sudah keluar tanpa ibu-ibu sedar. Ini memang pernah berlaku. Selalunya ia berlaku bila ibu rasa terlalu kerap nak terkencing sampai tak perasan yang keluar tu adalah air ketuban. Saya pernah baca kisah seorang mommy yang terkejut apabila sampai di hospital Doktor bagitau air ketuban beliau sudah kering dan selepas bersalin beliau perlu "on" antibitik selama 5 hari kerana takut ada jangkitan kuman.
Sepanjang tiga kali bersalin, saya belum pernah dapat "show" dari air ketuban.
==>Kalau darah atau lendir yang "show" dulu
Selalunya, apabila darah atau lendir yang keluar terutama bila waktu due memang dah nak sampai, itu bermaksud waktu nak bersalin hampir tiba. Berdasarkan pengalaman saya, apabila kalau darah yang keluar, the next 2 days baru akaan bersalin dan kalau ikut standard lebih kurang 9 hari berikutnya akan bersalin or else ibu perlu hadir ke hospital selepas 9 hari walaupun tiada kontraksi.
==> Bermula kontraksi yang kerap
Ada sesetengah ibu hamil, mereka tidak mengalami show berupa darah atau pecahan air ketuban, tetapi terus mengalami kontraksi. Saya mengalami perkara tersebut ketika bersalin anak kedua. No darah, no air ketuban. Tiba-tiba kontraksi datang selang 10 minit.
Jadi, ibu-ibu perlu peka dengan "show" okay.
2. Pernafasan Ketika Menahan Kontraksi
Kontraksi di awal-awal tanda untuk bersalin, selalunya tidak sakit sangat. Ia masih boleh ditahan. Namun, semakin kerap kontraksi sebagai tanda kelahiran hampir tiba, memang agak intense sakitnya. Lebih-lebih lagi, jika air ketuban telah dipecahkan. Ketika kontaksi agak memuncak (selalunya dan 4-7 cm dah terbuka) ibu perlu pandai curi pernafasan. Bila kontraksi bermula, sedut nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Jujur saya katakan, pernafasan ini bantu melegakan kontraksi yang memuncak. Apa yang penting, jangan difikirkan rasa sakit itu. Jangan stress sgt. Fikirkan yang indah-indah dalam minda.
Berdialog lah dalam diri..."Tak lama lagi nak jumpa baby".
"Sakit ini akan berakhir beberapa saat lagi". "Sakit ini sekejap aje".
Fikir yang positif, banyangkan yang indah-indah sahaja.
Saya pernah terbaca, ada ibu-ibu hamil yang hampir bersalin, akibat tak tahan kontraksi, ibu tersebut berguling atas lantai wad. Terpaksalah Dr dan nurse angkat ibu tersebut.
Jadi, ibu-ibu perlu tahu kawal rasa sakit. Jangan menjerit kuat-kuat tapi lebihkan berzikir dan ingat Allah.
Antara zikir yang boleh dilafazkan
Lailahailaanta subhanakainnikuntuminazolimin, Istigfar, Takbir atau Tahmid.
Bila kita ingat Allah, bila kita berserah pada Allah, bila kita redha dengan kesakitan yang kita alami, percayalah, kita boleh hadapi semuanya.
3. Kawal Pernafasan Ketika Meneran Nak Bersalin
Bila kontraksi dah kuat sangat, selalunya bukaan dah sampai 7-8 cm. Waktu ini lah, ibu akan ditolak masuk ke dewan bersalin. Pengalaman semua orang tidak sama. Ada orang tunggu berjam-jam nak dapat bacaan 4 cm ke 8 cm. Ada orang hanya tunggu 1 jam atau kurang dari itu. Memang depends pada ibu.
Bila kontraksi dah kuat dan kepala bayi mula nampak (bukaan dalam 8 cm-10 cm), selalunya Dr akan beri arahan untuk teran atau bertahan. Ketika itu, dengar dan ikut arahan Dr atau bidan. Kalau Dr bagitau suruh teran, baru teran. Jangan teran sesuka hati kerana takut pangkal rahim mengalami bengkak atau keradangan. Take note ye.
Jika anda mempunyai penyakit seperti asma, sila bagitau Dr atau nurse. Kerana pernafasan ketika hendak meneran sangat penting. Salah cara bernafas, buat anda rasa cepat penat dan letih.
Mengikut baby centre,
Semasa fasa kedua pelahiran, ibu akan menolak bayi keluar. Ramai wanita yang menahan nafas dan meneran sepanjang mana yang boleh. Kaedah ini kini tidak digalakkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bernafas dan meneran dalam cara ini berfaedah bagi anda dan bayi, dan ia juga mungkin meningkatkan risiko koyakan.
Baby center juga mencadangkan kaedah-kaedah berikut:
Kaedah ini dapat mengelak daripada tekak anda rosak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat, dan seterusnya anda dapat meneran dengan efektif.
Turuti naluri anda dan teran seberapa banyak kali setiap kontraksi sebanyak mana yang anda rasa baik. Anda mungkin dapati bahawa anda rasa hendak meneran sedikit tiga hingga lima kali bagi setiap kontraksi, dengan mengambil nafas beberapa kali di antaranya.
Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya.
Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.
1. Mengambil Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Dari pengalaman saya sendiri, pengambilan VCO memang sangat membantu. VCO dikatakan membantu melicinkan pangkal rahim lalu memudahkan proses kelahiran
2. Banyakkan baca Al-Quran.
3. Banyakkan baca surah Maryam.
4. Dihujung kehamilan, banyakkan berjalan
5. Pergi ke kelas latihan untuk bersalin. Selalunya, hospital besar kerajaan ada anjurkan kelas ini
6. Tonton video cara bersalin yang berkaitan di Internet supaya ibu boleh dapat gambaran awal cara bersalin dengan betul. Ia penting terutama kepada first time mother.
7. Banyakkan solat sunat Taubat, Tahajud, Hajat dan Witir. Mohonlah pada Allah supaya dimudahkan proses bersalin dan kekuatan untuk menahan kesakitan yang mendatang. Kalau ibu tekad nak bersalin normal, berdoalah ketika di awal kelahiran supaya dapat bersalin normal.
Memang sakit menahan kontraksi memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Yakinlah kekuatan itu datang dari Allah dan mohonlah padanya. Berdasarkan pengalaman saya, sakit menangung kontraksi bagi ketiga-tiga anak memang berlainan. Tidak sama. Namun, saya yakin apa yang Allah takdirkan sebenarnya kita mampu menghadapinya.
Ibu-ibu kena yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah mahu ambil ubat-ubatan. Percayalah ibu kuat dan boleh melaluinya. Kerana di situlah terletaknya nikmat melahirkan. Setiap sakit yang kita alami, Allah gugurkan dosa-dosa kita.

- Tarik nafas dalam-dalam apabila kontraksi bermula.
- Bernafas atau hembus nafas perlahan-lahan ketika anda meneran.
Kaedah ini dapat mengelak daripada tekak anda rosak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat, dan seterusnya anda dapat meneran dengan efektif.
Turuti naluri anda dan teran seberapa banyak kali setiap kontraksi sebanyak mana yang anda rasa baik. Anda mungkin dapati bahawa anda rasa hendak meneran sedikit tiga hingga lima kali bagi setiap kontraksi, dengan mengambil nafas beberapa kali di antaranya.
Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar!Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya.
Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.
Antara amalan-amalan yang digalakkan dilakukan semasa hamil untuk mudahkan bersalin
1. Mengambil Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Dari pengalaman saya sendiri, pengambilan VCO memang sangat membantu. VCO dikatakan membantu melicinkan pangkal rahim lalu memudahkan proses kelahiran
2. Banyakkan baca Al-Quran.
3. Banyakkan baca surah Maryam.
4. Dihujung kehamilan, banyakkan berjalan
5. Pergi ke kelas latihan untuk bersalin. Selalunya, hospital besar kerajaan ada anjurkan kelas ini
6. Tonton video cara bersalin yang berkaitan di Internet supaya ibu boleh dapat gambaran awal cara bersalin dengan betul. Ia penting terutama kepada first time mother.
7. Banyakkan solat sunat Taubat, Tahajud, Hajat dan Witir. Mohonlah pada Allah supaya dimudahkan proses bersalin dan kekuatan untuk menahan kesakitan yang mendatang. Kalau ibu tekad nak bersalin normal, berdoalah ketika di awal kelahiran supaya dapat bersalin normal.
Memang sakit menahan kontraksi memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Yakinlah kekuatan itu datang dari Allah dan mohonlah padanya. Berdasarkan pengalaman saya, sakit menangung kontraksi bagi ketiga-tiga anak memang berlainan. Tidak sama. Namun, saya yakin apa yang Allah takdirkan sebenarnya kita mampu menghadapinya.
Ibu-ibu kena yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah mahu ambil ubat-ubatan. Percayalah ibu kuat dan boleh melaluinya. Kerana di situlah terletaknya nikmat melahirkan. Setiap sakit yang kita alami, Allah gugurkan dosa-dosa kita.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete