Wednesday, March 18, 2015

Ubat Hilangkan Mengantuk Paling Berkesan

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Biasa tak keadaan macam ni. Tidur dah cukup 8 jam tapi bila tersedar dalam pukul 6 pagi mata masih mengantuk lagi. Lepas itu, masa memandu kereta untuk ke tempat kerja masih menguap walaupun dah mandi pagi. Agak-agak apalah ubat hilangkan mengantuk paling cepat berkesan untuk atasi mengantuk yang melampau.

Hari ini saya mahu kongsikan tip nak atasi masalah mengantuk dan letih yang melampau ini. Jika anda rasa anda golongan yang sering mengantuk waktu siang, anda wajib baca 
artikel ini.







Tip Atasi Rasa Penat dan Mengantuk

1.Pengambilan magnesium

Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.


Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.


Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.


2. Berjalan


Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. 


Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.


3. Tidur sebentar


Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.


4. Jangan tinggalkan sarapan pagi


Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.


Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.


5. Kemarahan dan tekanan


Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.


“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.


Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.


Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.


Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.


6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol


Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?


Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”


Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.


7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula


Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.


Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.


Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.


8. Snek


Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.


9. Hasilkan latte


Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.


10. Fungsi tiroid dan sel darah merah


Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.

Ubat Hilangkan Mengantuk Paling Berkesan

Memang ada banyak cara nak atasi rasa menagntuk ni tapi ada cara paling mudah dan paling berkesan untuk hilangkan tahan mengantuk. Nak tahu, tonton video ini.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Puan Maria mengamalkan Energy Tea Mix. Tea ini mampu meningkatkan kadar metabolisme kita, Ia Ia mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun the termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam the merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat.

Polifenol membantu kerosakn badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh haling daripada merebak.

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai the hijau  muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding the hijau

Rooibos Red tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatioan polifenol –antioksidan.

Antara kelebihan Teh merah ini ialah:

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun the termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam the merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat.

Polifenol membantu kerosakn badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh haling daripada merebak.

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai the hijau  muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding the hijau

Rooibos Red tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatioan polifenol –antioksidan.



Cepat bertindak sekarang. Jangan biarkan mata mengantuk menghantui hidup anda lagi.

Inginkan konsultansi secara PERCUMA? Hubungi saya di 012-6891597 sekarang!

Saturday, March 14, 2015

10 Tip Mudah Bersalin Supaya Ibu Tidak Cuak

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah selamat bersalin anak ke 3 pada 28hb Februari yang lalu. 

Syukur Allah mudahkan segalanya. 

Pengalaman bersalin anak nombor 3 agak berbeza dengan anak nombor 1 dan nombor 2. Bukan apa, sebab saya hanya berada lebih kurang 1 minit dalam labour room sebelum bersalin. 

Sangat singkat.

Hari ini saya ingin kongsikan CARA MUDAH BERSALIN yang mungkin ibu-ibu yang tengah hamil boleh amalkan berdasarkan pengalaman 3 kali bersalin. This is based on my experience ye (a part of it).

1. Peka dengan "show"

Perkara pertama yang ibu-ibu kena tahu ialah kehadiran "show". Samada show datang dari

1. Darah bersama lendir (Warna merah atau coklat)
2. Air ketuban yang pecah.
3. Kontraksi

==> Kalau air ketuban yang pecah dulu

Seharusnya apabila air ketuban sudah pecah or rasa air banyak keluar, ibu perlu terus ke hospital. Ini kerana apabila air ketuban sudah pecah, bayi sudah tiada medium untuk berbertahan lebih lama. Apa yang mebimbangkan takut ada jangkitan kuman atau bayi lemas. Jadi, ibu perlu terus ke hospital. Tapi jangan terkejut, jika tanpa air ketuban sudah keluar tanpa ibu-ibu sedar. Ini memang pernah berlaku. Selalunya ia berlaku bila ibu rasa terlalu kerap nak terkencing sampai tak perasan yang keluar tu adalah air ketuban. Saya pernah baca kisah seorang mommy yang terkejut apabila sampai di hospital Doktor bagitau air ketuban beliau sudah kering dan selepas bersalin beliau perlu "on" antibitik selama 5 hari kerana takut ada jangkitan kuman.

Sepanjang tiga kali bersalin, saya belum pernah dapat "show" dari air ketuban.

==>Kalau darah atau lendir yang "show" dulu

Selalunya, apabila darah atau lendir yang keluar terutama bila waktu due memang dah nak sampai, itu bermaksud waktu nak bersalin hampir tiba. Berdasarkan pengalaman saya, apabila kalau darah yang keluar, the next 2 days baru akaan bersalin dan kalau ikut standard lebih kurang 9 hari berikutnya akan bersalin or else ibu perlu hadir ke hospital selepas 9 hari walaupun tiada kontraksi.

==> Bermula kontraksi yang kerap

Ada sesetengah ibu hamil, mereka tidak mengalami show berupa darah atau pecahan air ketuban, tetapi terus mengalami kontraksi. Saya mengalami perkara tersebut ketika bersalin anak kedua. No darah, no air ketuban. Tiba-tiba kontraksi datang selang 10 minit.

Jadi, ibu-ibu perlu peka dengan "show" okay.

2. Pernafasan Ketika Menahan Kontraksi

Kontraksi di awal-awal tanda untuk bersalin, selalunya tidak sakit sangat. Ia masih boleh ditahan. Namun, semakin kerap kontraksi sebagai tanda kelahiran hampir tiba, memang agak intense sakitnya. Lebih-lebih lagi, jika air ketuban telah dipecahkan. Ketika kontaksi agak memuncak (selalunya dan 4-7 cm dah terbuka) ibu perlu pandai curi pernafasan. Bila kontraksi bermula, sedut nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Jujur saya katakan, pernafasan ini bantu melegakan kontraksi yang memuncak. Apa yang penting, jangan difikirkan rasa sakit itu. Jangan stress sgt. Fikirkan yang indah-indah dalam minda.

Berdialog lah dalam diri..."Tak lama lagi nak jumpa baby".
"Sakit ini akan berakhir beberapa saat lagi". "Sakit ini sekejap aje".

Fikir yang positif, banyangkan yang indah-indah sahaja.
Saya pernah terbaca, ada ibu-ibu hamil yang hampir bersalin, akibat tak tahan kontraksi, ibu tersebut berguling atas lantai wad. Terpaksalah Dr dan nurse angkat ibu tersebut.

 Jadi, ibu-ibu perlu tahu kawal rasa sakit. Jangan menjerit kuat-kuat tapi lebihkan berzikir dan ingat Allah.

Antara zikir yang boleh dilafazkan

Lailahailaanta subhanakainnikuntuminazolimin, Istigfar, Takbir atau Tahmid.

Bila kita ingat Allah, bila kita berserah pada Allah, bila kita redha dengan kesakitan yang kita alami, percayalah, kita boleh hadapi semuanya.



3. Kawal Pernafasan Ketika Meneran Nak Bersalin

Bila kontraksi dah kuat sangat, selalunya bukaan dah sampai 7-8 cm. Waktu ini lah, ibu akan ditolak masuk ke dewan bersalin. Pengalaman semua orang tidak sama. Ada orang tunggu berjam-jam nak dapat bacaan 4 cm ke 8 cm. Ada orang hanya tunggu 1 jam atau kurang dari itu. Memang depends pada ibu.

Bila kontraksi dah kuat dan kepala bayi mula nampak (bukaan dalam 8 cm-10 cm), selalunya Dr akan beri arahan untuk teran atau bertahan. Ketika itu, dengar dan ikut arahan Dr atau bidan. Kalau Dr bagitau suruh teran, baru teran. Jangan teran sesuka hati kerana takut pangkal rahim mengalami bengkak atau keradangan. Take note ye.

Jika anda mempunyai penyakit seperti asma, sila bagitau Dr atau nurse. Kerana pernafasan ketika hendak meneran sangat penting. Salah cara bernafas, buat anda rasa cepat penat dan letih.

Mengikut baby centre,

Semasa fasa kedua pelahiran, ibu akan menolak bayi  keluar. Ramai wanita yang menahan nafas dan meneran sepanjang mana yang boleh. Kaedah ini kini tidak digalakkan kerana tiada bukti yang menunjukkan bernafas dan meneran dalam cara ini berfaedah bagi anda dan bayi, dan ia juga mungkin meningkatkan risiko koyakan. 

Baby center juga mencadangkan kaedah-kaedah berikut:



  • Tarik nafas dalam-dalam apabila kontraksi bermula.
  • Bernafas atau hembus nafas perlahan-lahan ketika anda meneran.

Kaedah ini dapat mengelak daripada tekak anda rosak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat, dan seterusnya anda dapat meneran dengan efektif.

Turuti naluri anda dan teran seberapa banyak kali setiap kontraksi sebanyak mana yang anda rasa baik. Anda mungkin dapati bahawa anda rasa hendak meneran sedikit tiga hingga lima kali bagi setiap kontraksi, dengan mengambil nafas beberapa kali di antaranya.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! 

Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. 

Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal. 



Antara amalan-amalan yang digalakkan dilakukan semasa hamil untuk mudahkan bersalin


1. Mengambil Virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Dari pengalaman saya sendiri, pengambilan VCO memang sangat membantu. VCO dikatakan membantu melicinkan pangkal rahim lalu memudahkan proses kelahiran

2. Banyakkan baca Al-Quran.

3. Banyakkan baca surah Maryam.

4. Dihujung kehamilan, banyakkan berjalan

5. Pergi ke kelas latihan untuk bersalin. Selalunya, hospital besar kerajaan ada anjurkan kelas ini

6. Tonton video cara bersalin yang berkaitan di Internet supaya ibu boleh dapat gambaran awal cara bersalin dengan betul. Ia penting terutama kepada first time mother.

7. Banyakkan solat sunat Taubat, Tahajud, Hajat dan Witir. Mohonlah pada Allah supaya dimudahkan proses bersalin dan kekuatan untuk menahan kesakitan yang mendatang. Kalau ibu tekad nak bersalin normal, berdoalah ketika di awal kelahiran supaya dapat bersalin normal.

Memang sakit menahan kontraksi memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Yakinlah kekuatan itu datang dari Allah dan mohonlah padanya. Berdasarkan pengalaman saya, sakit menangung kontraksi bagi ketiga-tiga anak memang berlainan. Tidak sama. Namun, saya yakin apa yang Allah takdirkan sebenarnya kita mampu menghadapinya.

Ibu-ibu kena yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah mahu ambil ubat-ubatan. Percayalah ibu kuat dan boleh melaluinya. Kerana di situlah terletaknya nikmat melahirkan. Setiap sakit yang kita alami, Allah gugurkan dosa-dosa kita.





Monday, March 9, 2015

Pakej Buaian Berendoi dan Kambing Aqiqah di Jelebu, Bahau dan Seremban

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia.

Puan Norazlini telah mula membuat pakej berendoi dan kambing aqiqah pada 2012 dan telah mendapat lebih 200 tempahan untuk pakej buaian berendoi dan kambing golek.

Rata-rata pelanggan adalah dari daerah Jelebu, Seremban dan Bahau (Negeri Sembilan), Melaka, Kuala Lumpur, Selangor

Jom saya kongsikan Pakej Buaian Berendoi dan Kambing Aqiqah.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Puan Azlini 011-18845936


Pakej Buaian Berendoi 




Pakej Buaian Berendoi Basic (RM 250)

Pakej terdiri daripada:


  • Buaian single
  • Hiasan Patung
  • Hiasan bunga
  • Bantal untuk ibu duduk
  • Karpet


Set Menggunting

  • Gunting
  • Daun selasih
  • Air bedak
  • Kelopak bunga ros
  • Kelapa
  • Tabung


*** 2 buaian kembar untuk basic = RM 500



Pakej Buaian Berendoi Full Package (RM 500)


  • Buaian single
  • Hiasan Patung
  • Hiasan bunga
  • Bantal untuk ibu duduk
  • Cover belakang ala pelamin
  • Stage Karpet
  • Lampu
  • Belon sebagai hiasan- 2 warna


Set Menggunting

  • Gunting
  • Daun selasih
  • Air bedak
  • Kelopak bunga ros
  • Kelapa
  • Tabung


*** 2 buaian kembar untuk full package = RM 800

Terdapat pelbagai warna hiasan yang boleh ditempah.

Pakej Kambing Aqiqah dan Golek







Pakej Kambing Aqiqah  / Golek

1. Kambing untuk Aqiqah Rm 600- RM 900 (ikut berat)

2. Kambing Aqiqah dan Golek (Seekor) RM 1050
  • Berat bersih golek (10 kg- 13 kg)
  • Coslow dan salad
  • Sos 2 jenis
  • Potato baked/fried


3. Kambing Aqiqah dan Golek RM 1300

  •  Berat bersih golek (15 kg- 18 kg)
  • Coslow dan salad
  • Sos 2 jenis
  • Potato baked/fried


4. Kambing Aqiqah dan Golek RM 1450

  • Berat bersih golek (19 kg- 25 kg)
  • Coslow dan salad
  • Sos 2 jenis
  • Potato baked/fried

Sebarang pertanyaan tentang pakej buaian berendoi dan pakej kambing aqiqah/golek boleh hubungi :

Puan Azlini 011-18845936