Alhamdulillah, minggu lepas sempat berjaulah bersama suami dan anak-anak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Ini kali kedua saya ke sana.
Terengganu satu negeri yang mendamaikan bagi saya, Tak jem sangat. hehe..Ok nanti saya cerita satu entry khas tentang ziarah ke Terengganu.
Sebenarnya, nak kongsi cerita tentang ruam lampin yang Najla hadapi. Malam sebelum bertolak ke Terengganu, Najla kena ruam di punggung. Ruam lampin. Habis merah. Dia pun rasa tak selesa nak pakai pampers. Saya dah cuak dah. Ye lah, esok nak jalan jauh, kalau ruam tak settle, kemungkinan besar Najla akan merengek kesakitan akibat ruam-ruam di punggung sepanjang perjalanan. Saya yang kini tengah mengandung 33 minggu memang tengah dalam keadaan "lelah" dan tak mau stress-stress dalam perjalanan.
Saya lantas mengambil krim Herbal Blend Shaklee iaitu satu krim multipurpose yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan sapu pada ruam Najla. Dalam hati berdoa moga Najla cepat sembuh dengan izin Allah.
Esoknya, benda pertama yang saya fikir bila bangun ialah ruam yang Najla hadapi. Alhamdulillah, seronok saya tengok bila tanda-tanda merah dah mula kurang walaupun masih ada lagi sikit-ikit.
Sepanjang perjalanan, saya kerap tukar lampin agar punggung Najla tidak basah. Kalau basah, takut ruam lagi teruk.Syukur sepanjang perjalanan Najla tak merengek. Cuma nak main-main sahaja dalam kereta. Lega :).Selepas perjalanan dalam 8 jam, sampai ke destinasi Najla masih ceria dan tidak merengek.
Bila sampai bilik, saya periksa, tanda kemerahan dah mula berkurangan dan saya sapukan lagi krim Herbal Blend Shaklee.Alhamdulillah, sepanjang di Terengganu Najla sangat ok dan ruam lampin semakin berkurangan dan tanda kemerahan dah tak de sangat. Syukur.
Saya masih ingat lagi waktu abg Najla, Iman Haikal kena ruam lampin waktu berusia bawah setahun. Disebabkan rasa sakit dan gatal, Iman rasa tak selesa dan selalu merengek. Kesian saya tengok. Waktu tu pakai krim beli kat farmasi. Alhamdulillah...ok juga cuma krim tu saya tengok ada bahan kimia. Biasa lah, saya dulu ambil Kimia masa kat universiti. Bab-bab chemical ni saya memang particular sikit.
Kenapa Pilih Herbal Blend Untuk Kurangkan Ruam Bayi
Perkara yang paling penting ialah Herbal Blend Shaklee ni tiada paraben. Ianya bebas bahan kimia yang bahaya. Seperti mana yang kita tahu paraben selalunya dimasukkan ke dalam krim atau lotion untuk menjadikannnya tahan lama dan mengelakkan dari pertumbuhan bakteria.Tapi, dengan penggunaan paraben untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan kita kena kanser. Ini serius. Boleh baca di sini.
Jadi seeloknya, kita guna krim yang tiada bahan paraben ni, Cepat check krim yang ibu guna, sama ada mengandungi paraben atau tidak. Kalau ada paraben, lebih baik tukar krim dengan segera.
Jika ibu-ibu mempunyai masalah anak yang kerap ruam, boleh cuba Herbal Blend. Ianya berkesandan sangat berbaloi. Satu tiub hanya RM 27 sahaja.
Jika ibu-ibu nak bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya di 012-6891597.
No comments:
Post a Comment