Friday, January 23, 2015

Tip Untuk Orang Muda: Apakah Pelaburan Terbaik Di Awal Kerjaya?

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Hari ini terlalu banyak jenis pelaburan yang di war-warkan. Pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan forex dan macam-macam lagi. Namun tahukah anda, ada satu pelaburan yang PALING PENTING untuk dilakukan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Hari ni saya nak kongsi tentang PELABURAN UTAMA yang perlu dilakukan oleh orang muda yang baru bekerjaya.

Pelaburan untuk orang muda

Diberitakan bahawa siswazah yang baru mendapat pekerjaan, secara purata akan ditawarkan gaji bulanan sebanyak RM2,500. Kajian pula mendapati bahawa 77% daripada mereka memberitahu, tidak mempunyai baki wang mencukupi untuk membuat simpanan kerana terpaksa menampung perbelanjaan keperluan.Lazimnya apabila sudah merasa susahnya mencari duit, maka peluang pelaburan yang dicari-cari adalah apa sahaja yang menatijahkan kepada tidak perlu lagi berkerja di hari kemudian, dan yang dianggap paling penting ialah setiap bulan mendapat keuntungan atau duit komisyen.
“Guna otak! Kita tak akan jumpa lagi peluang (skim) yang mampu beri pulangan seperti ini dalam masa 200 tahun!” nada ejen pelaburan memujuk.
Maka tidak hairanlah ramai anak muda yang terperangkap dengan definisi ringkas dalam melihat pelaburan dari aspek bentuk pulangan monetari semata. Inginkan hanya sesuatu yang mudah, namun memberi pulangan yang besar!
Commitment
Hal ini berlaku apabila pelaburan difahami sebagai komitmen melaburkan duit atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain demi memperolehi keuntungan berbentuk pulangan atau kenaikan dalam nilai instrumen.
Contohnya, pelaburan dalam amanah saham, ASB, AHB, dalam bentuk pembelian bon atau sukuk runcit (bon islamik), Forex (tukaran mata wang asing), REITs (Amanah Pelaburan Harta Tanah), ETF(Dana Dagangan Bursa), pembelian emas fizikal atau akaun emas dan banyak lagi. Tetapi lebih menjahanamkan apabila ramai anak muda yang terjerat dalam skim pelaburan ponzi yang meragukan.
Di awal kerjaya, ketika pelabur muda mempunyai lebihan modal untuk dilaburkan, beberapa bentuk pelaburan yang disebutkan di atas, adalah antara produk yang boleh difikirkan (kecuali skim pelaburan ponzi). Namun kesilapan utama para pelabur muda di awal kerjaya, adalah apabila terlalu memikirkan pulangan dan keuntungan.
Profit word

Takaful Pelaburan Terbaik

Hakikatnya, jika ditanya apakah “pelaburan terbaik” di awal kerjaya, jawabnya ialah “laburlah” ke dalam polisi Takaful. Sekurang-kurangnya ia memberi jaminan perlindungan, di samping wujud aspek simpanan dan pelaburan walaupun (hanya) sebagai sampingan.
Dalam pelaburan lain, para pelabur boleh “dijanjikan” peratusan pulangan sehingga dua angka! 10%, 20%, 30% dan sebagainya. Tetapi apabila (mungkin) para pelabur muda itu ditimpa musibah, dalam bentuk didapati berpenyakit atau kemalangan. Dan tanpa perlindungan Takaful, nilai pulangan dua angka itu tidak langsung bermakna!
Atas sebab itu, ketika ejen pelaburan lain mengajak berfikir tentang keuntungan berlipat, ejen Takaful pula mengajak supaya hidup ini mesti beringat.

Pelaburan & Pengurusan Risiko

Aspek pengurusan risiko dari perspektif Islam bukanlah bermakna seseorang individu itu mampu mengawal situasi dan mampu mengelak musibah tersebut, tetapi risiko yang dihadapi itu boleh dikurangkan dan kesan yang ditanggung selepas berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
Maka sekurang-kurangnya dengan adanya polisi Takaful, seseorang individu mempunyai pilihan untuk melaksanakan pengurusan risiko apabila beliau telah berusaha mengurangkan kesan dari musibah yang dihadapi.
Polisi Insurans konvensional telah difatwakan sebagai produk yang haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana polisi tersebut merupakan suatu muamalah yang rosak, kerana akadnya mengandungi gharar (ketidak-tentuan), unsur judi dan unsur riba. Maka seorang Muslim perlu memilih sistem Takaful yang berlandaskan kontrak syariah – Tabarru’, berasaskan prinsip saling membantu.

Kos Perubatan Yang Semakin Meningkat

Ketika setiap rakyat Malaysia memperoleh hak untuk mendapatkan bantuan perubatan di klinik dan hospital kerajaan,hasil permintaan yang tinggi dan faktor lain seperti kepuasan dalam perkhidmatan telah menyebabkan ramai yang lebih selesa mendapatkan rawatan swasta walaupun terpaksa menelan belanja yang besar.
Di sebalik kepuasan dan keselesaan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital swasta, semua sedia maklum bahawa perkhidmatan tersebut memerlukan kos yang tinggi, dan kebanyakan masyarakat awam hanya mampu jika bergantung pada polisi Insurans atau Takaful.
ubat-ubatan
Menurut sebuah laporan tempatan, sebuah keluarga dijangka perlu membayar kos perubatan sehingga RM60,000 untuk perbelanjaan perubatan untuk seorang ibu yang berusia 87 tahun yang dimasukkan ke dalam hospital selama 35 hari yang mana ibu itu juga dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) selama seminggu , walaupun tanpa sebarang pembedahan (Sumber: Choking from high medical fees – The Star. 13-10-2013).
Hasil kemas kini terhadap Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Tahun 1998 (Private Healthcare Facilities and Services Act 1998) telah menyebabkan kenaikan sehingga 200% terhadap kos konsultasi di hospital swasta. Kini satu perjumpaan atau konsultasi bersama pakar sahaja boleh mencecah RM80 sehingga RM235 manakala kos untuk satu pemeriksaan perubatan boleh mencecah sehingga RM50 hingga RM230 (Sumber: The Heat: Wrong Medicine for Health Insurance, 10-05-2014).

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Dari satu aspek lain pula, kos perubatan negara dijangka meningkat 10 peratus setiap tahun berikutan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) ekoran kurangnya kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat.
Kos hidup yang semakin meningkat kini akan menyebabkan orang ramai terpaksa bergantung pada rawatan di hospital kerajaan, atau bergantung pada polisi takaful untuk membiaya kos rawatan.
Payung pelangi
Atas sebab ini, pakar perancang kewangan tidak pernah gagal memberi nasihat kepada mereka yang baru masuk ke alam pekerjaan atau yang baru mendapat cahaya mata, agar memilih polisi takaful yang sesuai demi masa depan mereka. Rokok, sofa empuk, kereta baru dan siaran Astro anda ternyata tidak akan dapat membantu melangsaikan bil hospital anda mahupun keluarga.
Pelaburan paling berharga, ialah pelaburan jangka masa panjang, terhadap diri sendiri dan keluarga. Kesimpulannya, benarlah bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
kredit : majalah niaga

Jangan bertangguh

Malang tidak pernah berbau. 
Terdapat banyak kes, dah kena, baru sedar. Dah kena kanser, baru nak ambil Takaful.Maaf kami tidak dapat membantu. Sila korek tabung anda sendiri.
 Rugi, sangat rugi, kan. 

Instead, Takaful boleh cover, sebab tak mahu bertindak segera, kita terpaksa korek tabung, buat pinjaman peribadi nak cover kos perubatan.
Rugi, sangat rugi.

Saya tak nak ia nya terjadi pada pembaca. Polisi Takaful ini adalah untuk jangka masa panjang. Ia melindungi anda sehingga umur 80 tahun. Memang sangat berbaloi. Bermula dari serendah RM 100 sebulan, anda boleh mendapat 5 manfaat utama. 


Pelan Takaful Pru-BSN cover 5 perkara

1. Kematian/Lumpuh Kekal
2. Sakit kritikal 36 jenis
3. Kemalangan/Kematian/Lumpuh/Cacat
4. Perubatan ( kos rawatan hospital)
5. Simpanan Pendidikan/Persaraan

Anda boleh customize dengan budget anda dan anda boleh dapat manfaat yang sangat banyak.


Agen Takaful Prudential-BSN di Shah Alam dan Seluruh Malaysia

Berminat untuk mendapat konsultansi tentang Pelan Takaful yang sesuai dengan budget anda? Boleh hubungi, Mohd Rudy Ahmad. Beliau kini Agen Takaful PruBSN di Shah Alam dan beliau boleh cover satu Malaysia.


Jangan bertangguh kerana malang tidak pernah berbau.

Fast action, fast result.








Tawakal Kepada Allah SWT

Saya terbaca satu status di MukaBuka.
Kisah ini betul-betul menyedarkan saya tentang konsep tawakal kepada Allah

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum.je cakap. "Dah tertulis rezeki awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cenggeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.. Semua Allah susun sebaiknya.
Sepatutnya tadi saya guna debit kad seperti biasa, isi penuh ja.. (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak) Tetapi Allah 'arahkan' saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak...

Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Timbul dan Berlubang

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia :)

Sebenarnya, saya dah lama simpan testimonial saya tentang produk yang mengubah persepsi saya pada Shaklee. Orang cakap "the more you give, the more you get" or "sharing is caring".

Jadi hari ini dengan penuh rasa happy saya nak share tentang cara saya hilangkan parut chicken pox yang timbul dan berlubang serta hodoh itu.

Pada tahun 2012, saya terjangkit chicken pox dari anak saya. Ini kali pertama tau saya kena. Bila chicken pox menyerang pada waktu kita dah dewasa, kesan dia sangat-sangat teruk. Muka penuh parut. Awal-awal tu, muka macam bengkak-bengkak, lepas dalam seminggu, tinggal la parut hodoh. Betul, memang agak horror kesan parut chicken pox ni dari parut jerawat.

Honestly, bila tengok muka sendiri, rasa dah tak yakin dan rasa dah tak jadi isteri tercantik untuk suami ku...rasa macam pasrah je. Tapi takkan nak biarkan...mana boleh...hehe..sebagai seorang isteri, kena berusaha menjadi isteri tercantik untuk suami. Bukan lah tahap nak macam model, tapi cukuplah sejuk mata memandang. Ha...kalau suami kita, mukanya penuh parut, kita pun sibuk nak suruh suami cuba itu dan ini kan. hehe..

Jadi saya beranikan diri untuk cuba produk Shaklee. Sebelum ini memang tak terlintas nak makan apa-apa untuk kulit sebab rasa kulit macam dah okay. Tapi bila parut chicken pox yang berlabung ni, memang rasa tak keruan.

Produk yang saya amal kan

1. Vitamin C Sustained Release
2. Vitamin E
3. B Complex
4. GLA Complex
5. Energizing Soy Protien

Nampak macam banyak kan...tapi actually kesan makan vitamin ni bukan sahaja untuk kulit tetapi lebih dari itu.

Alhamdulilah, percubaan menggunakan produk Shaklee nampaknya membuahkan hasil. Parut makin berkurangan. Sangat-sangat kurang. Boleh tengok sendiri gambar di bawah.

Memang menakjubkan. Sebab tu sampai sekarang, saya amalkan produk Shaklee. Sebab ia betul-betul berkesan. Apa yang penting, perlu konsistan makan vitamin. InsyaAllah hasilanya tidak akan mengecewakan.




Saya ada kongssikan kisah saya ini di sini juga...
waktu rakaman ini saya tengah mengandung. 
Dah 35 minggu..hehe...aduh..terserlah ke"chubby"an ku.. harus kena slim lepas pantang nanti.




Jika pembaca di luar sana mempunyai masalah seperti saya, muka penuh parut dan parut yg dalam, boleh hubungi saya untuk kita sharing-sharing.

Jangan segan-segan, saya tak makan orang aih...
Apa yang penting pembaca dapat balik kulit yang cantik or lebih cantik dari dulu.

Memang kita bukan model untuk dipandang selalu, tapi buatlah untuk suami, untuk cantik di mata suami tercinta :)

Daya 012-6891597

Monday, January 12, 2015

Hilangkan Ruam Bayi Dengan Mudah, Berkesan Tanpa Bahan Kimia Bahaya

Assalamualaikum WBT dan salam senatero dunia,

Alhamdulillah, minggu lepas sempat berjaulah bersama suami dan anak-anak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Ini kali kedua saya ke sana.

Terengganu satu negeri yang mendamaikan bagi saya, Tak jem sangat. hehe..Ok nanti saya cerita satu entry khas tentang ziarah ke Terengganu.

Sebenarnya, nak kongsi cerita tentang ruam lampin yang Najla hadapi. Malam sebelum bertolak ke Terengganu, Najla kena ruam di punggung. Ruam lampin. Habis merah. Dia pun rasa tak selesa nak pakai pampers. Saya dah cuak dah. Ye lah, esok nak jalan jauh, kalau ruam tak settle, kemungkinan besar Najla akan merengek kesakitan akibat ruam-ruam di punggung sepanjang perjalanan. Saya yang kini tengah mengandung 33 minggu memang tengah dalam keadaan "lelah" dan tak mau stress-stress dalam perjalanan.

Saya lantas mengambil krim Herbal Blend Shaklee iaitu satu krim multipurpose yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan sapu pada ruam Najla. Dalam hati berdoa moga Najla cepat sembuh dengan izin Allah.

Esoknya, benda pertama yang saya fikir bila bangun ialah ruam yang Najla hadapi. Alhamdulillah, seronok saya tengok bila tanda-tanda merah dah mula kurang walaupun masih ada lagi sikit-ikit.

Sepanjang perjalanan, saya kerap tukar lampin agar punggung Najla tidak basah. Kalau basah, takut ruam lagi teruk.Syukur sepanjang perjalanan Najla tak merengek. Cuma nak main-main sahaja dalam kereta. Lega :).Selepas perjalanan dalam 8 jam, sampai ke destinasi Najla masih ceria dan tidak merengek.

Bila sampai bilik, saya periksa, tanda kemerahan dah mula berkurangan dan saya sapukan lagi krim Herbal Blend Shaklee.Alhamdulillah, sepanjang di Terengganu Najla sangat ok dan ruam lampin semakin berkurangan dan tanda kemerahan dah tak de sangat. Syukur.

Saya masih ingat lagi waktu abg Najla, Iman Haikal kena ruam lampin waktu berusia bawah setahun. Disebabkan rasa sakit dan gatal, Iman rasa tak selesa dan selalu merengek. Kesian saya tengok. Waktu tu pakai krim beli kat farmasi. Alhamdulillah...ok juga cuma krim tu saya tengok ada bahan kimia. Biasa lah, saya dulu ambil Kimia masa kat universiti. Bab-bab chemical ni saya memang particular sikit.

Kenapa Pilih Herbal Blend Untuk Kurangkan Ruam Bayi

Perkara yang paling penting ialah Herbal Blend Shaklee ni tiada paraben. Ianya bebas bahan kimia yang bahaya. Seperti mana yang kita tahu paraben selalunya dimasukkan ke dalam krim atau lotion untuk menjadikannnya tahan lama dan mengelakkan dari pertumbuhan bakteria.
Tapi, dengan penggunaan paraben untuk jangka masa yang lama boleh membuatkan kita kena kanser. Ini serius. Boleh baca di sini.


Jadi seeloknya, kita guna krim yang tiada bahan paraben ni, Cepat check krim yang ibu guna, sama ada mengandungi paraben atau tidak. Kalau ada paraben, lebih baik tukar krim dengan segera.
Jika ibu-ibu mempunyai masalah anak yang kerap ruam, boleh cuba Herbal Blend. Ianya berkesandan sangat berbaloi. Satu tiub hanya RM 27 sahaja.

Jika ibu-ibu nak bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya di 012-6891597.







Pengedar Shaklee di Kota Kemuning, Bukit Rimau, Jalan Kebun, Shah Alam

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia,

Alhamdulillah kini saya telah berpindah ke Kota Kemuning, Shah Alam.

Minggu lepas suami sempat bawa jalan-jalan di AEON Big, kawasan tasik dan kawasan  shop lot.

Saya suka lah Kota Kemuning ni sebab tak jem sangat :)

Lagi pun senang nak gerak dari satu tempat ke satu tempat. Jalan pun agak teratur.

Best-best, dapat duduk area sini. Alhamdulillah.

Kepada orang-orang Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Jalan Kebun Shah Alam nak COD barang-barang Shaklee, boleh call terus di 012-6891597 (Daya)

Saya stay di Sekyen 29. Tak jauh sangatt nak cover area Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Jalan Kebun.

InsyaAllah saya atau suami boleh COD Produk Shaklee di kawasan Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Jalan Kebun.

Saya full timer Shaklee, apa pun kalau nak COD kita SMS or Whatsapp dulu na.

Terima kasih

Monday, January 5, 2015

Cara Buang Angin Dalam Badan Supaya Anda Boleh Kusyuk Solat

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Anda mempunyai masalah badan berangin?
Dan nak tahu sangat cara buang angin dalam badan dengan cara paling MUDAH dan PANTAS?

Pernah tak anda mengalami situasi begini.

Baru lepas ambil wudhuk, dah buang angin balik.
Baru angkat takbir pertama, dah batal air sembahyang.
Dah duduk tahiyat akhir, akhirnya tak dapat bendung, angin keluar jugak. Terpaksa solat semula.

Stress kan..

Dari nak kusyuk solat terus rasa tak kusyuk duk memikirkan penangan angin yang banyak dalam badan. Sampai telekung dan baju pun jadi basah dan lembab dek sebab ambil wuduk terlalu kerap.


Jika anda mempunyai simpton-simpton di atas anda wajib baca artikel ni SAMPAI HABIS.

Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Mudah Dan Cepat



Sebenarnya, simpton-simpton di atas saya pernah lalui.
Pengakuan berani mati ni :)
Dan saya rasa ramai yang mengalami seperti saya dan saya mahu membantu anda untuk selesaikan masalah badan berangin ini.

Solat adalah tiang agama. Waktu solatlah, waktu paling dekat dengan Allah dan saya yakin semua orang sedaya upaya mencari nikmat khusyuk dalam solat. Namun, jika asyik nak buang angin sahaja ketika solat, kita pun jadi tak kusyuk. Penat nak menahan. Kadang-kadang terlepas jua.

Waktu nak solat semula tu, feeling dah tak sama.
Kadang-kadang sampai 3 kali ambil wuduk, habis lencun baju dan basah telekung.

 Saya stress dan kekadang saya terpaksa tunggu dalam beberapa minit untuk pastikan angin dah tak de dan kemudian baru ambil wuduk semula. Kadang-kadang terpaksa delay solat dekat 30 minit!

Tak baik solat lambat-lambatkan. Jadi, kena juga cari cara buang angin dengan cepat dan mudah.

Banyak juga cara yang saya dah cuba untuk kurangkan masalah badan berangin seperti:

1. Kurangkan makanan berangin (pisang, ubi, soya- saya peminat soya)
2. Minum air halia yang kelat ( buat sendiri-rasanya amat tajam)
3. Buat senaman buang angin (rapatkan peha ke perut dan tekan dengan kuat)

Setelah mengamalkan semua di atas, ada juga rasa kurang angin dalam badan  namun tak lama. Angin tetap suka berkampung di badan saya. Saya cuba lagi inisiatif lain kerana dah tak tahan sangat dengan masalah badan berangin ini.

Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa penawar masalah badan berangin ini.

Saya mengamalkan Peppermint-Ginger Plus! Antara kandungan utama produk ini ialah serbuk Peppermint, Anise, Fennel, Halia dan minyak Peppermint. Semua kandungan ini dapat membantu untuk keluarkan angin dan melegakan senak dalam badan kita.

Selalunya, saya masukkan beberapi biji tablet ke dalam air panas dan kacau sehingga tablet itu larut. Jadi rasanya seperti air herba yang sedap. Rasanya sangat nyaman dan segar!! Saya sangat sukakannya!Tapi kalau tak berapa rajin, saya terus telan. Tak perlu buat air seperti air herba.
Mudahkan.

Alhamdulillah, dengan mengamalkan Peppermint-Gingger Plus dengan konsistan, masalah badan berangin saya dapat diselesaikan dengan cara yang paling mudah dan berkesan. Syukur sangat-sangat. Tiada lagi masalah kerap buang angin ketika solat.


Peppermint-Ginger Plus (90 biji)

Apa yang best lagi, saya boleh bawa ke mana sahaja kerana botolnya yang kecil.
Rasa-rasa tak sedap badan, terus telan sahaja. Tapi kenalah sediakan air supaya tidak tercekik.

Jika anda mengalami masalah seperti saya, jangan bertangguh lagi. Sampai bila nak tahan angin ketika solat. Sampai bila terpaksa ambil wuduk sampai basah lencun baju dan telekung dan sampai bila nak capai nikmat kusyuk dalam solat kalau asyik terbatal wuduk dek kerap membuang angin.

Bertindak segera dengan hubungi saya, Daya 012-6891597. Saya memahami anda kerana saya pernah melaluinya. Saya akan cerita rahsia bagaimana nak ambil Pepermint-Ginger Plus ni supaya anda tidak perlu menahan angin ketika solat dan terus dapat solat dengan kusyuk dan aman :)