Sunday, April 15, 2012

Set Berpantang Bersama Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualikum wrt semua,

Jom, hari ni nak cerita pasal set berpantang Shaklee. Biasanya, di saat-saat akhir untuk bersalin, selalunya wanita hamil sibuk memikirkan jamu apa nak makan nanti selepas bersalin bukan. Oh, lihat sahajalah majalah keibupaan dan kewanitaan di pasaran, rata-rata mengiklan pelbagai jamu untuk wanita selepas bersalin. Saya juga tidak ketinggalan sewaktu saya mengandung dua tahun lalu. Setelah "menggoogle" beribu-ribu kali (ada unsur tidak jujur di situ, maaf), saya ambil keputusan untuk memilih jamu AA (bukan nama sebenar) sebagai persiapan selepas bersalin. Tengok ramai bebeno orang suka produk tu. Saya pun layan jer. Lagi pun, tau-tau jelah first time mother, bukan banyak sangat tahu benda-benda yang tradisional. Waktu tu saya beli on-line, dapat murah sikit dari harga di kedai-kedai jamu sebelah pasaraya tuh. Alhamdulillah ;).

Selepas bersalin, sangat bersemangat nak cuba semua produk jamu AA ni. Saya guna minyak herba, krim herba, macam-macam yang lain dan makan pil yang ada dalam set produk jamu AA. Saya dapat anak lelaki. Orang tua-tua cakap, selalunya anak lelaki cepat "berangin". Tapi ia memang betul untuk anak saya. Anak orang lain saya tak pasti. Lepas saya makan pil jamu tu, selepas saya menyusukan anak saya, saya perasan, tak berapa lama kemudian anak saya sering merengek dan menangis dengan kuat kot. Tanya mak saya! Sebab maklah yang duk sapu minyak kat perut Iman. Mak saya cakap anak saya angin sebab jamu yang saya makan. Oh, tak sanggup nak tengok anak menangis disebabkan angin dalam badan. Dah sapu minyak pun anak masih menangis. Bermula dari episod itu, saya dah tak makan jamu dah. Saya rasa ia kurang sesuai untuk saya dan anak saya. Last-last jamu tu semua jadi pekasam kat almari tu. Haish kan dah rugi duit. Itu pengalaman pertama saya berpantang menggunakan jamu. Namun setelah bertemu dengan Shaklee dan memahami kebaikan vitamin, saya akan memilih untuk berpantang bersama Shaklee bila tiba masanya nanti (oh, bila nak pregnant lagi nih (^_^))

Bagi saya, untuk berpantang, perlu kiranya ibu memilih produk-produk pemakanan tambahan yang mudah untuk diserap oleh badan. Ye lah, badan kita sudah lemah dan banyak kehilangan darah maka dengan itu haruslah pilih produk-produk yang mampu untuk menyokong sistem tubuh kita. Banyak jer produk yang bagus di luar sana, namun saya nak kongsi set berpantang Shaklee ni.


Mutivitamin dan Multimineral Bersama Iron
Vita-Lea Shaklee mengandungi multivitamin dan multimineral yang sangat diperlukan oleh badan. Disebabkan kerana bersalin darah banyak keluar, jadi iron diperlukan kerana ia merupakan sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
B-Complex
Berfungsi sebagai anti-stress , elak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
Vitamin C
Penting pembentukan kalogen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta membaiki tisu yang rosak akibat bersalin.
Zink
Penting untuk mempercepatkan luka cepat pulih terutama luka dalam rahim. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin. Mengurangkan masalah rambut gugur.
Ada juga beberapa produk tambahan lain yang sesuai untuk dimakan ketika berpantang. Nanti saya kongsikan.
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!





No comments:

Post a Comment