Sunday, April 15, 2012

Meal Shakes, Minuman Berkhasiat Untuk Semua!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualikum wrt,

Anda nak tahu, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua vitamin dan ia sesuai dimakan seisi keluarga. Meal Shakes ni boleh jadi alternatif untuk sarapan terutama kepada sesiapa yang sibuk dan selalu tak sempat nak sarapan. Sebab walaupun sesibuk mana pun kita, sarapan jangan ditinggalkan kerana kita memerlukan tenaga untuk memulakan hari kita.

Lagi, secara amnya, di sebabkan Meal Shakes ni sangat berkhasiat, ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Ahli sukan, ibu mengandung, kanak-kanak,dan warga emas. Bau harum French Vanilla dari serbuk Meal Shakes ini sangat mengujakan sesiapa sahaja.

6 Fakta tentang Meal Shakes Yang Anda Perlu Tahu.


1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Apa yang penting Meal Shakes tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.
Jom cuba, tak rugi pun. Seisi rumah boleh merasa. JIMAT!!
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.


Set Berpantang Bersama Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualikum wrt semua,

Jom, hari ni nak cerita pasal set berpantang Shaklee. Biasanya, di saat-saat akhir untuk bersalin, selalunya wanita hamil sibuk memikirkan jamu apa nak makan nanti selepas bersalin bukan. Oh, lihat sahajalah majalah keibupaan dan kewanitaan di pasaran, rata-rata mengiklan pelbagai jamu untuk wanita selepas bersalin. Saya juga tidak ketinggalan sewaktu saya mengandung dua tahun lalu. Setelah "menggoogle" beribu-ribu kali (ada unsur tidak jujur di situ, maaf), saya ambil keputusan untuk memilih jamu AA (bukan nama sebenar) sebagai persiapan selepas bersalin. Tengok ramai bebeno orang suka produk tu. Saya pun layan jer. Lagi pun, tau-tau jelah first time mother, bukan banyak sangat tahu benda-benda yang tradisional. Waktu tu saya beli on-line, dapat murah sikit dari harga di kedai-kedai jamu sebelah pasaraya tuh. Alhamdulillah ;).

Selepas bersalin, sangat bersemangat nak cuba semua produk jamu AA ni. Saya guna minyak herba, krim herba, macam-macam yang lain dan makan pil yang ada dalam set produk jamu AA. Saya dapat anak lelaki. Orang tua-tua cakap, selalunya anak lelaki cepat "berangin". Tapi ia memang betul untuk anak saya. Anak orang lain saya tak pasti. Lepas saya makan pil jamu tu, selepas saya menyusukan anak saya, saya perasan, tak berapa lama kemudian anak saya sering merengek dan menangis dengan kuat kot. Tanya mak saya! Sebab maklah yang duk sapu minyak kat perut Iman. Mak saya cakap anak saya angin sebab jamu yang saya makan. Oh, tak sanggup nak tengok anak menangis disebabkan angin dalam badan. Dah sapu minyak pun anak masih menangis. Bermula dari episod itu, saya dah tak makan jamu dah. Saya rasa ia kurang sesuai untuk saya dan anak saya. Last-last jamu tu semua jadi pekasam kat almari tu. Haish kan dah rugi duit. Itu pengalaman pertama saya berpantang menggunakan jamu. Namun setelah bertemu dengan Shaklee dan memahami kebaikan vitamin, saya akan memilih untuk berpantang bersama Shaklee bila tiba masanya nanti (oh, bila nak pregnant lagi nih (^_^))

Bagi saya, untuk berpantang, perlu kiranya ibu memilih produk-produk pemakanan tambahan yang mudah untuk diserap oleh badan. Ye lah, badan kita sudah lemah dan banyak kehilangan darah maka dengan itu haruslah pilih produk-produk yang mampu untuk menyokong sistem tubuh kita. Banyak jer produk yang bagus di luar sana, namun saya nak kongsi set berpantang Shaklee ni.


Mutivitamin dan Multimineral Bersama Iron
Vita-Lea Shaklee mengandungi multivitamin dan multimineral yang sangat diperlukan oleh badan. Disebabkan kerana bersalin darah banyak keluar, jadi iron diperlukan kerana ia merupakan sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
B-Complex
Berfungsi sebagai anti-stress , elak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.
Vitamin C
Penting pembentukan kalogen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta membaiki tisu yang rosak akibat bersalin.
Zink
Penting untuk mempercepatkan luka cepat pulih terutama luka dalam rahim. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin. Mengurangkan masalah rambut gugur.
Ada juga beberapa produk tambahan lain yang sesuai untuk dimakan ketika berpantang. Nanti saya kongsikan.
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya, hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Ada masalah kekangan budget??saya ada sediakan pek mini untuk percubaan selama sebulan. Jom, tempah sekarang!!





Tuesday, April 10, 2012

Anak Anda Kurang Selera Makan? Meal Shakes Boleh Bantu

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wrt ibu-ibu dan abah-abah seluruh dunia (^_^).
Saya mood ceria hari ini. Ehem ;)

Hari ini saya nak kongsikan satu produk Shaklee yang agak "hot" untuk ibu-ibu yang mempunyai anak yang "picky eater". Saya rasa semua ibu-ibu akan berasa sungguh risau kalau anakanda tercinta susah mahu makan. Risau tak cukup zat la, berat tak naik la. Ye la, anak-anak zaman sekarang, boleh tahan sikap memilihnya. Tapi, jangan dimarah anak-anak itu kalau tak nak makan. Mungkin itu sudah fitrahnya, ada yang disukainya dan ada yang tidak. Mesti ada hikmahnya. Tapi sebagai ibu-ibu mithali, janganlah kita berputus asa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kita. Oh, sapa yang tak sayangkan anak kan.

Tengok sikit rupa Meal Shakes tu.

Ni dia.

Di bawah ada Q N A tentang produk Meal Shakes ni. Jom layan.

Q: Ada apa dengan Meal Shakes?

A: Meal Shakes merupakan sejenis minuman yang berasaskan soya yang mempunyai gabungan multivitamin dan multimineral untuk membekalkan nutrisi kepada anak-anak kita yang tengah membesar. Yang paling 'awesome' Meal Shakes Shaklee ni adalah ia terdiri dari gabungan bahan-bahan semulajadi yang diproses menggunakan metode semulajadi supaya tubuh lebih mudah untuk menyerap semua multivitamin dan mineral tanpa kesan sampingan.

Q: Anak saya sangat aktif, sesuai ke makan Meal Shakes ni?
A: Oh, sememangnya Meal Shakes memang amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, yang memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.

Q: Sedap sangat ke Meal Shakes ni?
A: Oh, of coz la sangat umppp!! Saya suka sangat sebab bau vanila yang semulajadi itu, rasanya pun sodap.

Q: Soya dalam Meal Shakes ni GMO ke?
Oh, Meal Shakes ini berasaskan soya tanpa GMO. Ia bukan soya yang "dimidified". Say Yes to Neutral Product ;)

Q: Kata Meal Shakes ni sedap, ibu tak boleh rasa ke? Ke dia untuk kanak-kanak sahaja?
A: Oh, soalan ini akan dijawab di Entry seterusnya (^_^). Jangan marah. Tunggu

Jom tengok apa kata pengguna Meal Shakes.
Alhamdulillah. Seronok sangat bila tengok orang lain pun happy.
Pengorban kita sebagai ibu bapa untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak sangat dipandang Allah. Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam, insyaAllah, Allah pandang usaha ibu-ibu dan ayah-ayah yang mulia di luar sana. Oh, saya tidak berkata untuk produk Shaklee sahaja, saya akui masih banyak lagi makanan tambahan yang baik untuk anak anda di luar sana, tapi apa salahnya mencuba, mana tahu berkenan di hati? ;)
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.