Tahniah kepada ibu-ibu yang hamil pada tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki tahun ini. Sebagai seorang ibu juga, berita tentang kehamilan sangat meriangkan saya, suami dan keluarga. Anakkan satu anugerah Allah. Kehadiran anak dalam kehidupan setiap pasangan, mestilah sesuatu yang dinanti. Pengalaman mengandung anak pertama amat mematangkan saya terutama dari segi pemakanan. Empat bulan pertama mengandung, saya memang tidak lalu makan. Oh, sangat merugikan orang seperti saya yang sememangnya suka makan. Pada bulan ke-3 mengandung, saya berpeluang ke Brunei untuk menghantar kakak saya pulang setelah lama bercuti di Malaysia. Abang ipar saya yang bekerja sebagai Chef di Hotel Rizqun mempelawa kami untuk makan malam di hotel. Oh, itu satu peluang keemasan. Vitamin F la katakan. Vitamin FREE. Siapa yang nak tolak. Tapi apa yang mendukacitakan saya, saya lansung tidak mampu untuk menjamah satu makanan pun di situ. Semua rasa loya dan nak muntah. Semua makanan saya tidak makan. Hanya makan sedikit kek sahaja. Namun, selepas 4 bulan mengandung, nafsu makan sangat dasyat sekali. Saya lansung tidak berkira makan sehingga satu hari ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kerajaan, jururawat mengatakan saya perlu minum air gula sebab berat badan sudah naik secara berlebihan. Minum air gula bukanlah satu pengalaman yang manis untuk wanita hamil. Tapi ia amat memberi pengajaran pada saya supaya beringat untuk tidak terlebih makan.
Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan oleh wanita mengandung kerana nutrisi setiap makanan membantu dalam proses tumbesaran janin dalam rahim. Dalam masa yang sama, kesihatan ibu perlu berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan aktiviti harian tidak terjejas. Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di Klinik Kerajaan atau swasta, ibu hamil akan dibekalkan oleh jururawat dengan beberapa vitamin. Antaranya, obimin. Sewaktu hamil, ibu memang memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan kandungan sihat dan tumbesaran adalah normal.
Apa yang ibu hamil perlukan?
Kal Kalori- Pengambilan kalori harus ditambah 300- 400 kkal per hari selama masa kehamilan. Idealnya, 55% kalori adalah sumber karbohidrat, 35% dari lemak, 10% dari protein dan selebihnya dari sayur-sayuran dan buah-buahan.
Asid Folik. Pada beberapa minggu sebelum dan setelah awal kehamilan, embrio janin memerlukan asid folik yang banyak untuk pembentukan sistem syaraf dan sel-sel. Tambahan 400 mikrogram asid folik per hari diperlukan selama trimester pertama kehamilan. Kekurangan asid folik dapat mengakibatkan janin tidak berkembang sempurna dan boleh membawa kepada kecacatn seperti anenchephaly (tanpa batok kepala), spina bifida (tulang belakang tidak bersambung) dan bibir sumbing. Asid Folik terdapat dalam beras perang, sayuran hijau dan buah-buahan.
Protein. Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram per hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
Kalsium. Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.
Vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena boleh mengganggu pertumbuhan embrio.
Zat Besi. Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
Vitamin C. Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.
Vitamin D. Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang karena membantu penyerapan kalsium.
Setiap trimester, pemakanan ibu hamil adalah berbeza. Ibu hamil tidak digalakkan mengambil karbohidrat yang berlebihan sewaktu trimester yang terakhir kerana ditakuti akan menggemukkan ibu dan boleh mencetuskan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi dan diabetis.
Jom saya kongsikan vitamin yang asas Shaklee yang diperlukan untuk ibu hamil.
Vitamin Asas Trimester Pertama
Vitamin untuk Trimester ke 2 dan ke 3
Sumber Protien Sepanjang Kehamilan
Namun begitu, sekiranya anda mempunyai penyakit ketika hamil, anda perlu merujuk kepada pengamal perubatan sebelum mengambil apa-apa vitamin. Namun, kenapa saya tidak risau mengamalkan vitamin Shaklee adalah kerana ia dari sumber semulajadi dan ia adalah halal. Semoga ibu-ibu semua sihat sepanjang hamil. Boleh hubungi saya jika mahukan penjelasan lanjut tentang vitamin Shaklee.
Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi saya di hidayazakaria@yahoo.com atau SMS/WhatsApp ke 0126891597. Dengan pembelian dari Blog sihathijau247 anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA.
No comments:
Post a Comment