Hari ini Daya nak share tentang macam mana saya tetiba yakin nak Set Detox Clean 9 Forever Living. Ye la, produk ini baru up di Malaysia. Takut juga nak ambil sebarangankan.
Ok sebelum tu nak cerita macam mana tetiba rasa nak langsingkan badan semula. Actually saya sangat geram bila baju banyak dah tak muat. Sendat dan Melekat. Ya Allah buruk benar bila pakai baju sendat ni. Macam sarung nangka. Sedih sangat.
Baju sendat menunjukkan badan makin membesar. Bukan saya sahaja yang perasan, anak saya Najla pun perasan. Pernah sekali, saya pergi ke petrol pump, tiba-tiba Najla dengan tanpa rasa bersalah terus cakap,
"Ibu, kenapa orang tu (sambil tunjuk kereta depan kami) tak gemuk macam ibu??".
Saya macam...haaaaa.......jujurnya kamu wahai anak!!
Itu teguran secara jujur tapi terseksa saya mendengarnya.
Maka bermulalah episod "Saya Mahu Kembali Langsing".
Actually sebelum saya betul-betul nak kembali langsing ni, saya ada baca satu Ebook tentang The Green Body Cleanse dari seorang Dr. dari US. Nama Dr ini Dr Edward. Dan saya terkejut sebab Dr tu sendiri cadangkan ambil aloe vera gel untuk detox usus! Walaweh Dr pun cadangkan ambil aloe vera, biar betul.
Saya bukan cakap kosong.Ini buktinya.
Best sangat baca buku ni. Dalam buku ini Dr Edward cerita mengapa kita mesti jaga usus kita.
Saya suka resepi Super Water ini dari Dr Edward.
Super Water = Purified Water + Apple Cider Vinegar + Aloe Vera
Dr Edward terangkan mengapa aloe vera yang digunakan?
Apa yang menyebabkan aloe vera begitu istimewa.
Lepas saya baca buku ni, ya Allah tak sabar nak buat Clean 9 Detox Programme ni.
Ok lah, nanti Daya sambung lagi tentang Review Clean 9. Nak tahu berat Daya turun berapa? Nanti Daya cerita.