Saturday, February 21, 2015

Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sakit pinggang ketika hamil. Sebenarnya, pada minggu ke 35 sewaktu saya hamil, sakit pinggang saya semakin menjadi-jadi. Apabila saya baring dan mahu bangun, saya tidak boleh langsung pusing ke kiri atau ke kanan. Rasa sakit yang amat dan kadang-kadang mengundang air mata juga. 

Saya ada baca beberapa artikel dan bagi saya ia amat bermanfaat untuk kita mengetahui tentang punca sakit pinggang atau sakit belakang ketika hamil. Jom saya kongsikan.

Punca Sakit Pinggang Dan Belakang Ketika Hamil 

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.



Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang 

Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.

  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.

  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.

  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.

  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.

  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.

  • Elakkan berdiri terlalu lama.

  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.

Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)


  • Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.

  • Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta

  • Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda







Friday, February 20, 2015

Cara Hilangkan Sembelit Teruk Ketika Berpantang Tanpa Menangis Dalam Tandas

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Saya dah nak bersalin tak lama lagi. Lagi 9 hari.

Sangat suspen (^____^). Moga Allah permudahkan urusan bersalin saya pada kali ini. Sungguh ia sungguh mendebarkan. 

Hari ini saya hendak kongsi tentang satu topik yang paling menggerunkan bagi orang selepas bersalin iaitu sembelit ketika berpantang. Ye, sembelit selepas bersalin atau ketika berpantang memang dialami oleh ramai ibu-ibu. Amat menyiksakan apabila bahagian tertentu di bawah sana dijahit dan dalam masa yang sama kita jadi sembelit. Aduhhhh...siksa sangatttt.






Mengikut babycenter.com, antara faktor penyebab ibu-ibu lepas bersalin mengalami sembelit adalah seperti berikut:



  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit ketika kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.


Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:


  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

Banyak faktor yang mempengaruhi sebenarnya.


Tip Hilangkan Sembelit Selepas Bersalin Dengan Mudah 

1. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair. Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum. 







2. Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

3. Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

4. Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut. 

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini! 

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!). 

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan. 


Cara hilangkan sembelit menggunakan produk Aloe Vera Forever.

Produk Aloe Vera adalah sangat baik untuk ibu-ibu berpantang yang selalu sembelit. Dalam aloe vera terdapat banyak nutrient seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Bahan utama yang terdapat dalam aloe vera ialah lignin,saponins,anthraquinones, mineral, vitamin, asid amino,enzim dan banyak lagi.







Adalah menakutkan apabila ibu yang berpantang tidak boleh membuang air besar. Ini kerana usus boleh tersumbat dan boleh menyebabkan sembelit teruk dan boleh membawa maut. (Rujuk rajah sebelah). Secara amnya, aloe vera membantu mencuci usus kecil. Ia mempunyai bahan saponin. Saponin ini bahan yang bersifar seperti sabun. Molekulnya mampu pergi jauh ke tempat sempit di dalam usus kita dan mampu bersihkan toksik dan lemak-lemak yang melekat di dinding usus kecil. Apabila usus kecil bersih, mudahkan nutrient dari makanan untuk diserap masuk kedalam badan.

Manakala di usus besar, fiber yang terkandung dalam alo vera mmebantu untuk najis berjalan lancar tanpa melukakan tepi dinding usus besar. Jika tiada fiber, kita mudah sembelit. Jadi, aloe vera ini memainkan peranan di usus kecil dan usus besar.




Bagi ibu-ibu berpantang jangann risau,kini masalah anda akan berakhir dengan segera.
Ibu-ibu berpantang boleh ambil setengah gelas jika menghadapi masalah sembelit yang teruk.

Ada berita gembira lagi, sebenarnya syarikat Forever Living nak bagi FREE je aloe vera gel ni jika anda menjadi ahli. Untung sangat.

Hanya dengan RM 90 sahaja, anda akan dapat FREE minuman pati aloe vera gel ( RM 94.50) dan diskaun 15 % untuk pembelian setersnya. 

Bestkan.cepat hubungi daya di 012-6891597 dengan message " FREE ALOE VERA!"

Cepat selagi masih ada offer untuk tahun 2015!

012-6891597
012-6891597
012-6891597

saya tunggu u ols :)

Wednesday, February 18, 2015

Cara Hilangkan Sakit Belakang Yang Kronik Tanpa Makan Ubat-Ubatan

Assalamualaikum WBT dan salam seantero dunia!

Ramai orang menghadapi masalah sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Keadaan ini buat kita sangat tidak selesa dan bila bangun dari tidur, kita rasa tidak cergas dan kadang-kadang rasa mahu tidur semula.

Sakit belakang boleh menjadi semakin parah jika seseorang itu kerap mengangkat barangan yang berat, banyak berjalan, tidur dalam keadaan posisi tidak betul dan macam-macam faktor lagi. Disebabkan terlalu ramai yang menghadapi sakit belakang ini, hari ini saya ingin berkongsi cara hilangkan sakit belakang tanpa makan ubat-ubatan.





Menurut kajian, sebanyak 80% orang pernah mengalami sakit belakang dan sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit. Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong berkata, sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Faktor Sakit Belakang
Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 

Struktur tulang belakang

Tulang belakang terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang. 




Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. 


Bagaimana sakit belakang boleh terjadi?
Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan. 
Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang. 
Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang. Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang. 

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya. 


Supplement Untuk Sakit Belakang
Untuk mengembalikan kekuatan tulang, pengambilan kalsium dan magnesium adalah sangat penting. Ostematrix Shaklee merupakan salah satu produk yang lengkap untuk memenuhi keperluan kalsium anda supaya kekuatan tulang anda kembali meningkat.
Ostematrix Shaklee mempunyai kalsium, magnesium, vitamin D, boron, manganese, kuprum dan zinc.


Ciri-Ciri Istimewa Ostematrix Berbanding Calsium Lain di  Farmasi

1. Kalsium dalam Ostematrix Shaklee adalah dari sumber semulajadi dan ia mudah diserap ke dalam badan.

2. Antara fungsi magnesium ialah ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Ia juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pemgecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, ia menghalang mendapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Vitamin D pula berfungsi untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium ke dalam badan.



4. Boron pula membantu dalam metabolisme tulang.

5. Manganese, kuprum dan zink pula berfungsi untuk mengaktifkan enzim yang membantu dalam membina tulang yang padat.

Sangat lengkap Ostematrix Shaklee ini.


 Dan apa yang paling penting, Ostematrix Shaklee mudah diserap ke dalam badan. 




Testimonial Sakit Belakang Ostematrix Shaklee

Saya ingin berkongsi testimonial seorang customer saya yang kini telah pun menjadi ahli Shaklee di bawah saya, Kak Nor.
Alhamdulillah, pengambilan Ostematrix yang konsistan membantu beliau untuk pulih dari sakit belakang. Saya sangat seronok dengan perkembangan beliau. Mengikut Kak Nor, 95 % sakit belakang beliau sudah tiada.



Jika pembaca mengalami sakit belakang sampai tak boleh nak buat kerja, jom bertindak segera. Harga Ostematrix Shaklee hanya RM 61 ada 120 biji, sangat berbaloi untuk membantu mencegah sakit belakang dan lenguh-lenguh badan anda.

Jangan tunggu lama-lama. Saya tahu sakit belakang membuatkan anda tidak boleh menikmati hidup dengan selesa.

Laju-laju Whatsapp saya or SMS saya, Daya di 012-6891597.